PENGALAMAN DALAM HARTANAH

Saya ada “Big Why” yang kuat untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Berasal dari keluarga yang miskin, anak yatim serta salah seorang penerima zakat membuatkan saya tanam cita-cita untuk ubah status dari penerima zakat kepada pembayar zakat.

TANGAN yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika. Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya.

Setakat buku ini ditulis, saya sudah mempunyai pengalaman dalam pembelian 10 hartanah (rumah dan tanah) untuk dijadikan aset sendiri. Saya bermula dengan membeli rumah kecil pertama pada hujung tahun 2013, berjinak sebagai pelabur hartanah pada tahun 2015 dan menceburi bidang perunding hartanah berdaftar pada tahun 2019. Pengalaman saya lengkap dari pembeli pertama, pelabur serta “frontliner” yang menguruskan urusan jual beli rumah.

Pembelian kesemua sepuluh hartanah (rumah dan tanah) ada cerita pahit manis yang tersendiri. Setiap satu kisah dalam pembelian kesemua hartanah tersebut akan saya ceritakan pada bahagian seterusnya. Dalam pembelian hartanah saya lebih tertumpu kepada segmen subsale dan lelong. Kriteria rumah yang dibeli pula lebih menitikberatkan pembelian rumah bawah harga median, harga beli bawah harga pasaran dan rumah boleh disewakan untuk jana positif cash flow.

Sebagai pelabur yang telah berkecimpung dalam bidang hartanah selama 7 tahun saya akan kongsi pengalaman semasa sesi viewing rumah, permohonan pinjaman, urusan pindah milik, renovasi rumah dan urusan sewaan. Terdapat 3 kaedah yang digunakan untuk sewa seperti sewaan per-house, per-room dan per-head.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?