Salam Sejahtera,
Tahniah kerana anda telah sampai ke tempat yang betul. Teruskan bacaan anda untuk saya bantu menyelesaikan proses penjualan rumah anda.
SAYA TAHU ANDA PASTI MEMPUNYAI MASALAH-MASALAH BERIKUT:
- TIDAK MENGETAHUI PROSES YANG BETUL UNTUK JUAL BELI HARTANAH
- MASALAH LEWAT MENUNGGU KEPUTUSAN DAN KELULUSAN PINJAMAN
- TIDAK TAHU CARA UNTUK MENAPIS (FILTER) PEMBELI YANG TEPAT DAN BERKELAYAKAN
- TAKUT ADANYA KES SEPERTI PENIPUAN, KECURIAN, ROMPAKAN, PENCULIKAN DAN LAIN-LAIN PERKARA YANG TIDAK DIINGINI TERJADI SEPANJANG PROSES JUAL BELI.
Sebenarnya, untuk menjual rumah tidaklah mudah dan memerlukan kemahiran dan masa. Rumah yang dipasarkan pula, perlu bersaing dengan ratusan malahan ribuan rumah lain. Masalah mungkin akan timbul dan ianya akan mengecewakan anda.
Biar saya uruskan untuk anda semua ini. Saya menawarkan khidmat nasihat dan servis yang profesional. Anda pula boleh teruskan untuk fokuskan masa anda untuk perkara yang lebih penting terutama keluarga dan kerjaya.
KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH KUANTAN YANG BERDAFTAR?
Anda akan mendapat servis konsultasi mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH sebagai seorang ejen hartanah berdaftar dan terlatih. Ini kerana seorang ejen hartanah Kuantan yang berdaftar akan sentiasa dipantau oleh LPPEH.
Penjualan hartanah anda akan diuruskan secara profesional dan kepentingan klien akan sentiasa dilindungi. Saya akan sentiasa memastikan hasrat anda untuk menjual rumah anda akan tercapai dan berjalan lancar.
SIAPAKAH SAYA DI DALAM BIDANG EJEN HARTANAH KUANTAN YANG BERDAFTAR?
Saya NUR AISYAH MAIDIN, merupakan seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah KUANTAN yang Berdaftar) dan telah terlibat dalam bidang hartanah selama 6 tahun. Sepanjang 6 tahun ini, saya telah terlibat dalam menguruskan hartanah korporat, jual beli rumah untuk pasaran sekunder (subsale), jualan rumah baharu dari pemaju dan seorang pelabur hartanah.
Dari pengalaman tersebut, saya telah terlibat dengan segala jenis hartanah iaitu tanah, lot banglo, rumah teres setingkat atau dua tingkat, apartment, kondominium, perumahan kos rendah, rumah kedai, pejabat dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Sebagai seorang Perunding Hartanah KUANTAN yang Berdaftar , saya perlu bersikap profesional dan tertakluk pada akta dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).
APAKAH STRATEGI DAN TEKNIK YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MEMASTIKAN RUMAH ANDA BERJAYA DIJUAL SELEPAS MELANTIK SAYA SEBAGAI EJEN HARTANAH KUANTAN?
1. KAJIAN PERSAINGAN
Kebiasaannya, saya dan ejen hartanah berdaftar Kuantan dalam kumpulan saya akan melakukan kajian pasaran sebelum mengiklan sesuatu hartanah.
Ini termasuklah mendapatkan nilai pasaran dan harga permintaan semasa. Ini adalah untuk memastikan hartanah yang diiklankan kekal kompetitif dan boleh bersaing dengan hartanah lain yang berhampiran
2. TEKNIK FOTOGRAFI
Gambar rumah anda akan diambil menggunakan SDLR atau Mirrorless Camera dengan menggunakan lensa luas. Kemudian ianya akan disunting menggunakan teknik khas untuk menyerlahkan lagi warna dan keadaan dalam rumah.
90% pembeli membuat tindakan pertama adalah dengan melihat gambar. Gambar yang menarik adalah kredit bagi hartanah yang diiklankan. Bukan semua ejen hartanah berdaftar mempunyai DSLR atau lensa luas untuk mengambil gambar.
3. IKLAN YANG MELUAS DAN BERKESAN
Saya dan ejen hartanah berdaftar Kuantan dalam kumpulan saya akan memastikan hartanah anda diiklankan pada semua medium dan portal utama dan popular.
Bagi lantikan eksklusif pula, iklan hartanah tersebut akan dipastikan akan sentiasa berada di kedudukan teratas untuk mendapat lebih tumpuan pembeli.
4. JARINGAN KERJASAMA YANG BAIK
Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah Kuantan yang Berdaftar), saya mempunyai hubungan baik dengan pegawai bank dan peguam hartanah bagi melancarkan urusan penjualan hartanah anda.
Anda tidak perlu bersusah-payah kerana saya akan uruskan kesemuanya. Ianya adalah seperti one-stop-centre untuk servis berkaitan hartanah.
TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA. SAYA SEDIA MEMBANTU
KONSULTASI MENGENAI MARKET ANALISIS PERCUMA. SAYA SEBAGAI EJEN HARTANAH KUANTAN SEDIA MEMBANTU.
Sekiranya anda merancang untuk menjual rumah dan hartanah dalam masa terdekat, saya menyediakan konsultasi mengenai market analisis secara PERCUMA. Selain itu, saya juga akan memberi khidmat nasihat awal sebelum anda membuat keputusan untuk melantik saya sebagai ejen hartanah Kuantan untuk menjual rumah dan hartanah anda.
Antara khidmat awal yang akan diberikan adalah seperti anggaran tempoh masa penjualan selesai, persediaan awal yang perlu dibuat oleh setiap pemilik rumah, senarai dokumen hartanah, kos peguam dan lain.