SIAPA ROZI SULAIMAN SEBENARNYA (part 3)

TAMAT BELAJAR. MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI JURUTERA

Awal 2012, 5 tahun belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Petronas (UTP) akhirnya tamat. Segulung ijazah berjaya digenggam. Sebaik tamat belajar saya terus merantau ke Skudai, Johor untuk mencari pekerjaan. Alhamdulillah selepas 3 bulan menganggur akhirnya saya ditawarkan kerja sebagai Pembantu Jurutera Projek.

Alam pekerjaan tak seindah apa yang dibayangkan seperti masa belajar dahulu. Gaji permulaan saya tidaklah seberapa dan tidak sebanyak rakan-rakan satu batch yang sama graduate dari UTP. Saya terima gaji pokok Rm1800 dengan niat untuk belajar. Kerja sebagai Pembantu Jurutera Projek hanyalah sempat bertahan selama 3 bulan sebelum saya ditawarkan sebagai Jurutera Design di sektor pembuatan minyak dan gas.

Gaji pokok masih kecil iaitu Rm1800. Agak rendah namun mungkin itu rezeki saya. Saya tukar kerja kerana minat yang mendalam dalam bahagian design selain peluang kerjaya yang lebih cerah dalam sektor minyak dan gas. Bermula dengan gaji kecil saya tanam azam untuk tambah pengalaman dan skill dalam bidang teknikal. Disebabkan jarak yang jauh dari Skudai ke Pasir Gudang maka saya berpindah ke rumah sewa di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang.

Sedar hanya bergaji kecil, kereta yang dipandu hanyalah sebuah Kancil 660 CC manakala saya hanya menyewa ruang tamu di rumah sewa kawan. Total komitmen bulanan saya hanyalah kereta (rm185), Rumah sewa (Rm100) dan ASB Financing (Rm200) yang berjumlah RM485. Maka lebihan gaji masih mampu disimpan.

Saya menceburi bidang hartanah secara tidak sengaja apabila terbaca buku “Wa Tak Faham: 23 Rumah Sebelum Umur 30 Tahun” hasil nukilan Faizul Rizuan. Maka disinilah terdetik di fikiran jika dia boleh maka aku pun boleh. Maka saya tanamkan azam untuk miliki 5 buah rumah sebelum umur 30 tahun.

BIG WHY DALAM HARTANAH

  1. Keluar dari kepompong kemiskinan.

2. Target untuk bersara awal

3. Bantu tambah pemilikan hartanah Orang Melayu

4. Tukar status dari Penerima kepada Pemberi Zakat

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?