1. WISHLIST

Alhamdulillah target untuk bantu isteri dalam kerjaya Perunding Hartanah tercapai. Niat asal sekadar untuk cari kerjaya dengan masa flexible bukan setakat berjaya malah lebih dari itu apabila isteri dilantik sebagai Team leader. Tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Saya hanya boleh membantu disebalik tabir dengan ruang masa yang terhad. Rekod saya sebagai Perunding Hartanah adalah Zero Sales dan Zero Award.

2. KERJAYA

Khidmat saya masih diperlukan dalam industri Migas walaupun negara dan dunia dalam krisis kewangan hasil dari kerjatuhan harga minyak dunia serta impak buruk pandemic covid19. Syukur masih ada kerjaya dan gaji yang tetap walaupun banyak industri yang terjejas.

3. TRAVEL

Tangguhkan hasrat dulu. Kesihatan keluarga lebih utama dari hasrat untuk travel ke luar negara. Tambahan lagi ada sekatan rentas negara.

4. KERETA IDAMAN

Saya ikut kemahuan isteri yang terpengaruh dengan cerita 7 hari mencintaiku untuk memeiliki HRV macam sofi. Performance not bad. Tapi saya masih setia dengan SUV segmen C atau kereta 4WD. Alasan senang masuk hutan masih belum diterima.

5. RUMAH IDAMAN

Tiada lagi tanda – tanda untuk miliki rumah idaman. Kami masih tumpukan pada rumah pelaburan. Alhamdulillah 2 rumah berjaya disunting. Masih lagi dengan target kami untuk sekurang – kurang nya 1 biji rumah untuk setiap tahun.

6. KESIHATAN

Walaupun agak terlambat, tapi membuahkan hasil yang positif. Kami amalkan pemakanan sihat bermula bulan 9 dan konsisten hingga sekarang. Bermula hanya dengan sarapan sihat Herbalife kini kami cuba amalkan pemakanan sihat untuk pagi dan malam. Next target nak konsisten untuk ke Gym seta aktiviti libas – libas badminton bersama team perunding hartanah kuantan.

2020 Berakhir Jua. Kusangkakan Kereta Terbang tapi Virus Terbang yang muncul.

2021 Kian Menjelma. Berikanlah kekuatan untuk terus berkongsi aktiviti kewangan dan pelaburan hartanah. semoga diberikan umur yang panjang dan bermanfaat.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?