by hartanahbagus

Jual Rumah Dengan Cepat.

Jual rumah dengan cepat menjadi harapan kepada semua orang yang ingin menjual rumah mereka. Apabila anda membuat keputusan untuk menjual rumah, sudah pasti anda mahu jual rumah dengan cepat dan pantas kepada pembeli yang berkualiti. Namun begitu terdapat halangan dan cabaran yang menyebabkan rumah anda tidak terjual seperti yang diharapkan. Di dalam artikel ini saya kongsikan 8 cara untuk pastikan rumah anda dapat dijual dengan cepat dan pantas.

1. Cantikkan Rumah Anda.

Nak jual rumah dengan cepat, kenalah pastikan rumah itu cantik kan.

Kalau rumah anda bersepah dengan barang, cuba kosongkan ruang rumah bagi nampak lapang. Jika tidak boleh, susun atur barang-barang itu bagi nampak kemas dan cantik.

Jika ada sebarang kerosakan biarpun kecil, pastikan ianya di baik pulih dahulu sebelum pembeli datang melihat rumah. Orang tak suka nak beli rumah yang rosak. Kalau boleh orang beli dan nak terus duduk. Terutamanya pembeli muda.

Lihat keadaan cat rumah. Cat memainkan peranan besar untuk membuatkan rumah kelihatan baru dan cantik. Cat warna terang dan natural sahaja seperti warna putih atau cream. Warna ini lebih realistik dengan semua orang.

Pengalaman saya sebagai ejen hartanah, rumah yang dicat baru keseluruhannya lebih cepat terjual berbanding yang tidak dicat.

Hias sedikit rumah bagi menaikkan seri rumah. Boleh je pasang lampu hiasan agar rumah kelihatan menyinar ketika pembeli datang melihat rumah. Bila lampu di pasang, keadaan rumah akan nampak berseri.

Ingat ye, pembeli adalah manusia yang punya emosi dan citarasa. Mereka sentiasa mengharapkan rumah yang cantik dan elok untuk mereka beli. Oleh itu, jangan terlalu kedekut nak cantikkan rumah anda.

Lepas cantikkan rumah tu, janganlah pulak anda pergi naikkan harga pula. Apabila terlalu mahal, ia akan menjadi susah untuk dijual.

 2. Semak Harga Pasaran.

Nak jual rumah dengan cepat, anda mesti menyemak harga pasaran rumah anda sebelum membuat keputusan untuk meletakkan harga.

Pembeli yang bijak pasti memilih rumah yang harganya tidak melebihi harga pasaran. Kenapa?

Sebab pembeli nak memastikan bahawa mereka akan mendapat pembiayaan yang secukupnya dari bank tanpa perlu mengeluarkan duit tunai yang banyak.

Dengan keadaan ekonomi semasa, sudah pasti ramai pembeli memilih untuk menjimatkan wang tunai mereka.

Oleh itu, pastikan harga rumah yang dijual tidak melebihi harga pasaran.

Nak lagi cepat jual, jual dibawah harga pasaran sebanyak 10%. Ianya akan dapat membantu mengurangkan beban pembeli dengan menjimatkan wang tunai mereka.

Contohnya, Harga rumah anda ingin jual RM300,000. Manakala harga pasarannya hanya RM270,000.

Keadaan ini akan membebankan pembeli. Dimana pihak bank hanya memberi pembiayaan sekitar 90% dari harga pasaran.

Dalam kes ini, bank hanya memberi pembiayaan kepada sebanyak RM243,000. Jadi, pembeli terpaksa keluar tunai sebanyak RM57,000 lagi untuk tampung baki harga rumah.

Banyak tu. Pembeli juga terpaksa keluar tunai lagi untuk bayar kos lain seperti peguam, penilai, duty stamp dan lain-lain kos. Keadaan ini menyebabkan pembeli tidak akan membeli rumah anda.

Jika anda tetap nak jual rumah ikut harga sendiri, pasti tak laku.

Sebab itu anda mesti semak harga pasaran sebelum menjual rumah.

Terutamanya dalam pasaran sekarang. Orang ramai nak jual rumah. Kalau harga anda tidak relevan, pasti tak laku.

Bagaimana nak semak harga pasaran?

Anda boleh guna khidmat yang kami sediakan secara percuma, atau boleh bertanya kepada jurubank.

3. Buat iklan menggunakan medium yang betul.

Ada orang nak jual rumah dengan cepat, tetapi tak tahu nak iklan kat mana. Ada yang hanya iklan guna facebook profil dia je. Friend pun ada 200-300 orang. Memang tiada respons lah jawabnya.

Pastikan anda tahu dimana nak iklankan rumah anda dengan betul. Tujuan iklan ini adalah nak beritahu pembeli bahawa rumah anda ingin dijual. Bila pembeli tahu, baru mereka akan hubungi anda. JIka tidak, krik, krik jelah jawabnya.

Antara medium terbaik dan mudah anda boleh gunakan mudah.my. Ini merupakan medium paling mudah dan senang.

Bila sudah iklan tu, pastikan anda sentiasa update iklan anda supaya tidak tenggelam dengan iklan orang lain.

Pastikan iklan anda sentiasa berada di page pertama.

Orang tak tengok dah page kedua, ketiga dan seterusnya.

Nak guna facebook pun boleh. Tetapi, biarlah pelbagai. gunakan Marketplace yang disediakan oleh facebook. Nak lagi cepat, Boost iklan anda secara berbayar. Lagi banyak orang akan dapat lihat iklan anda.

4. Guna gambar yang menarik dan menawan.

Semasa buat iklan tu, pastikan gambar yang anda gunakan terang dan cantik. Barulah dapat jual rumah dengan cepat. 

Perkara pertama yang menarik pembeli untuk menghubungi anda adalah gambar rumah anda.

Kalau pembeli tengok gambar rumah cantik dan jelas, biasanya pembeli akan menghubingi anda untuk melihat rumah.

Jika gambar pun dah gagal, bagaimana pembeli mahu melihat rumah anda kan.

Anda boleh lihat gambar yang digunakan dalam iklan ejen hartanah. Boleh jadikan gambar iklan mereka sebagai rujukan anda.

Kami sendiri mengalami nasib yang sama. JIka iklan kami menggunakan gambar yang gelap dan tidak menarik, maka kuranglah pembeli yang menghubungi kami.

Berbanding iklan kami yang mempumyai gambar yang cantik dan terang, ramai pembeli akan menghubungi kami.

Sebelum nak ambil gambar tu, elok kemas dahulu rumah anda. Cat bagi cantik dan jangan lupa pasang lampu ketika ambil gambar.

Kemudian edit sikit gambar tu bagi cantik dan terang. Boleh guna Aplikasi Lightroom di smartphone anda untuk edit. Senang je nak edit tu.

5. Semak Tawaran Pesaing Anda.

Jika iklan anda masih tidak mendapat sambutan dari pembeli, pastikan anda semak harga yang ditawarkan oleh pesaing anda.

Anda mungkin sudah meletakkan harga yang baik, namun begitu jika pesaing menjual rumah yang sama seperti anda pada harga yang lebih murah, anda kan mengalami kesukitan untuk mendapatkan pembeli.

Sudah pasti pembeli akan membuat pilihan pada rumah yang harganya lebih murah.

Cuba lihat pada perbezaan iklan tersebut. Apabila rumah yang sama dijual pada harga yang berbeza, sudah pasti pembeli cenderung untuk memilih harga yang lebih murah. Kecuali rumah anda itu mempunyai daya penarik lain yang tiada pada rumah pesaing.

Contohnya anda telah renovated rumah anda menjadi lebih besar dan cantik. Ianya akan mendorong pembeli untuk melihat rumah anda.

Sekiranya rumah anda sama sahaja seperti pesaing, anda akan mengalami kesulitan untuk menjualnya.

Oleh sebab itu, penting bagi anda menyemak harga pesaing anda sebelum anda memuat naik iklan anda diinternet.

Lihat juga pada rumah pesaing yang berhampiran dengan taman perumahan anda.

Pembeli juga akan membuat kajian harga di kawasan kejiranan yang berdekatan.

Oleh sebab itu, penting bagi anda mengetahui harga rumah pesaing yang hampir sama seperti anda.

6. Fahami Proses Jual Beli Rumah.

Proses jual beli rumah bukan seperti menjual sayur di pasar. Ianya mempunyai satu demi satu proses yang perlu diharungi.

Oleh itu, ia akan memakan masa yang panjang. Apabila iklan anda di naikkan, ianya tidak terus akan mendapat pembeli. Mungkin memakan masa 2-3 bulan dan mungkin menjangkau 6-12 bulan.

Kalau rezeki anda cepat, Alhamdulillah.

Jika tidak, anda mesti kekal konsisten memuat naik iklan anda sehingga mendapat pembeli.  Jika anda hanya buat separuh jalan, maka hasilnya juga tidak seperti anda harapkan.

sekiranya anda sudah dapat pembeli, duit tidak akan terus dapat. Sebaliknya ia akan memakan masa selama 4-6 bulan bergantung kepada proses yang akan dilakukan.

Kesabaran menjadi tunjang utama dalam menjalani proses jual beli rumah ini.

7. Lantik Ejen Hartanah.

Jika anda merasakan setiap proses terlalu complicated dan anda menghadapi kekangan masa untuk menguruskan setiap proses tersebut, anda boleh menggunakan khidmat Perunding Hartanah Berdaftar untuk membantu menguruskan proses menjual rumah anda.

Sudah pasti ianya akan dapat mengurangkan kekusutan anda untuk memikirkan dan mengharungi kesemua proses yang melelahkan itu.

Anda hanya perlu lantik seorang atau lebih Perunding Hartanah Berdaftar.

Sudah pasti ada kos yang anda perlu keluarkan jika ingin menggunakan perkhidmatan Perunding Hartanah Berdaftar ini.

Ianya bergantung kepada rundingan anda bersama mereka.

Usah bimbang akan kosnya, yang penting ianya sangat berbaloi. Anda dapat menjimatkan masa anda dan secara tidak langsung dapat terus memberi fokus kepada rutin harian anda.

Dan yang paling penting sekali adalah rumah anda berjaya dijual.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?