Cuba target beli rumah setiap tahun. Lepas 5 tahun rumah pertama yang dibeli boleh dijual atau refinance.
Rumah seeloknya beli pada harga dibawah pasaran semasa. Dah untung awal sewaktu beli.
Tips untuk senang jual rumah. Beli rumah pada harga bawah median sesuatu kawasan. Lagi ramai prospek pembeli yang layak untuk beli rumah kita nanti.
Bestkan jika lepas 5 tahun kita dapat jualkan rumah dengan untung bersih RM 100K. Ibarat dapat bonus tahunan sebanyak RM20K setiap tahun.
Tahun ke – 6 dan seterusnya anda dah boleh ulang step beli rumah dan jual rumah yang sudah matang.