Saban hari, budaya menabung semakin dilupakan.
Kerana orang kita suka mencari benda senang. Tiada duit boleh buat Personal Loan.
Nak kahwin, Personal Loan.
Nak beli peralatan dapur pakai kredit kad secara maksimum.
Bila kredit kad dah maksimum atau personal loan membebankan, ada pula yang mengajar exit plan melalui hutang lain.
Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar, kerap kali saya terima permohonan dari Buyer untuk cari rumah yang ada “cashback” bagi menutup hutang personal loan.
Serta banyak juga permohonan pinjaman rumah sama ada pinjaman bank atau LPPSA ditolak kerana komitmen personal loan yang tinggi.
Boleh ikuti kisah seram LPPSA disini:
https://www.facebook.com/102506401209072/posts/361220978670945/
Masih segar di ingatan, kena marah kat emak kerana pecahkan tabung buluh semata-mata untuk beli papan Carom.
Dengan permainan Carom ni lah rumah saya dijadikan port lepak waktu petang. Rumah tepi jalan besar, ada kerusi batu serta angin sepoi-sepoi bahasa merancakkan lagi suasana permainan.
Tabiat menyimpan saya bawa ke alam universiti dengan mula mencarum di ASB seusia 18 tahun. Hasilnya dapat saya nikmati melalui pembelian Rumah Pertama.
Tanpa tabiat menabung dari awal, masakan saya dapat beli rumah pertama kurang setahun bekerja dengan gaji tidak seberapa.
Kawan-kawan. Semaikanlah tabiat menabung. Buangkan mindset dapat duit mudah dengan berhutang.
Elakkan offer Too Good To Be True. Cashback tak semua indah. Cashback bukan simpanan. Ia tetap hutang yang perlu anda selesaikan.
Jauhilah ajaran tutup hutang dengan hutang. Kerana ia tidak akan selesaikan tabiat boros berbelanja. Mulakanlah dengan berbelanja bawah kemampuan serta hidupkan balik tabiat menabung.
Rog Sulaiman,
Padan Muka Emak Marah