Ramai yang berminat miliki rumah. Tapi ramai juga yang menangguhkan hasrat separuh jalan selepas buntu untuk sediakan deposit 10% dari harga rumah.
Tahukah anda, KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan bagi membiayai deposit pembelian rumah.
SIAPA YANG BOLEH MEMOHON
- Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
- Umur bawah 55
- Mempunyai sekurang – kurangnya RM500 dalam Akaun 2
- Membeli rumah kediaman
- Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ** ATAU pembiayaan sendiri
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi menjualnya / melupuskan pemilikan.
SYARAT – SYARAT PENGELUARAN
- Beli rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.
- Pembelian menggunakan pinjaman perumahan daripada mana – mana institusi dibenarkan KWSP atau pembelian tunai.
- Pembeli telah menandatangani SPA tak melebihi 3 tahun.
- Tidak pernah membuat pengeluaran untuk pembelian rumah. Pengeluaran kali ke 2 dibenarkan jika rumah pertama telah dilupuskan.
JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN
PENGELUARAN INDIVIDU | PENGELUARAN BERSAMA | |
PINJAMAN PERUMAHAN | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah) | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana lebih rendah) |
PEMBIAYAAN SENDIRI / TUNAI | Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah) | Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana lebih rendah) |
- Borang KWSP 9C (AHLI) dan Senarai Semak Dokumen
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos / pengesahan cop ibu jari gagal
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Surat Perjanjuan Jual Beli – tarikh perjanjian tidak meleihi 3 tahun dari tarikh permohonan
- Buku bank / penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)