Cara Semak Market Value (MV) Rumah Anda

  1. Contact Valuer / Penilai.

Cara paling tepat untuk dapatkan nilai sebenar MV rumah adalah melalui valuer yang berdaftar.

Kenapa saya cakap cara paling tepat? Sebabnya kebanyakkan ejen hartanah dan pengawai bank juga akan merujuk kepada penilai untuk mendapatkan MV sesebuah rumah.

2. REN / Ejen Hartanah

Ni cara untuk orang yang tidak mempunyai masa ataupun malas macam saya, boleh la dapatkan bantuan perunding hartanah / REN. REN sudah arif tentang transaksi jual beli rumah di kawasan jajahan mereka.

**Dah jadi REN kena la godek – godek sendiri cari harga pasaran rumah.**

Lagipun REN banyak NETWORKING. So, carilah REN yang berdaftar untuk senangkan kerja anda.

Boleh semak status REN dengan Lembaga Penilai, Pentaksir Dan Ejen Hartanah (LPPEH).

3. Semakan Online

Cara ini lebih mudah kerana anda hanya perlu semak secara online di laman web seperti brickz.my, mudah.my, iproperty dan etc. untuk melihat transaksi jual beli semasa.

Transaksi jual beli semasa juga boleh dijadikan sebagai rujukan awal berkenaan MV sesuatu rumah namun mungkin kurang tepat.

Antara maklumat yang diperlukan untuk semak MV:

  1. Alamat
  2. Saiz tanah atau binaan rumah
  3. Freehold / Leasehold
  4. Bumi / Non – Bumi
  5. Master / Strata title
  6. Renovation (jika ada)
  7. Jumlah bilik dan bilik air
  8. Banker / Pegawai Bank

Cara yang saya paling suka adalah hubungi pegawai bank atau banker. Boleh dapatkan MV rumah dengan Mudah, Cepat dan Tepat.

Maklumat yang banker perlukan adalah:

  1. Alamat Rumah
  2. Salinan Geran
  3. Gambar Rumah

Terima Kasih kepada banker yang tidak lokek berkongsi maklumat. Kami amat hargai sokongan anda.

Gambar kat bawah ni salah satu contoh cara saya dapatkan anggaran MV rumah melalui platform brickz. Brickz kumpulkan rekod transaksi jual beli rumah yang terkini.

Boleh refer Brickz untuk transacted market value serta salah satu faktor dalam penentuan MV. Ingat, jangan hanya refer Brickz semata-mata bagi mendapatkan MV rumah.

Keputusan semakin hampir sama dengan MV yang diberikan oleh valuer:

MV melalui Brickz : RM320K

MV pasaran dari Valuer: RM340K

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?