CASHBACK 100K.Kenapa Personally saya tak berminat.
.Walaupun ada pandangan 100K tersebut adalah hutang dengan interest rate yang lagi murah dari Personal Loan.
.Serta cadangan untuk parking 100k tersebut dalam instrument simpanan yang boleh jana pendapatan seperti ASB.
.Harus diingat cashback masih Hutang. Yang perlu dilunaskan pembayaran kepada bank setiap bulan..Interest rate rumah boleh berubah-rubah. Sekarang waktu ekonomi gawat, BNM turunkan kadar faedah bagi merancakkan transaksi jual beli hartanah.
.Maka, bila ekonomi dah stabil takde jaminan untuk kadar interest kekal rendah. .Hutang rumah ada komitmen. Cashback pun ada komitmen. Dua-dua menjadi beban hutang kepada pembeli dan perlukan bayaran bulanan kepada bank.
.Bila beli rumah harus ingat ada kos lain yang terlibat untuk:
1. Renovasi sebelum disewakan. Pakai duit cashback.
2. Progress Payment semasa rumah dalam pembinaan.
3. Bleeding sambil tunggu vacant position (biasanya dalam 1 tahun).
Masa bleeding ni lah terpaksa korek cashback untuk cover.
.Bila ramai pembeli baru terpengaruh untuk beli rumah kerana gula-gula hutang cashback, potensi tenant adalah penyewa.
.Tak berbaloi beli rumah mahal dapat hutang cashback jika semata-mata nak tinggal sendiri. Maka persaingan bakal berlaku untuk dapatkan penyewa.
.Saya ada terbaca istilah co-living. Salah satu cara untuk dapatkan rate tinggi dalam sewaan terpaksa la renovate untuk jadikan studio sebagai rumah kecil yang boleh didiami oleh 5 orang. Dah terpakai lagi duit cashback untuk kos renovasi.
.Yelah. Rumah bukan murah. Tambah pula komitmen hutang cashback. Maka perlukan cara untuk dapatkan rental positif cash flow.
.Future Value:.
Harus diingat, rumah Underconstruction takde external valuer, maka harga rumah dijual termasuk cashback nanti adalah harga yang ditetapkan oleh pemaju.
.Banyak terjadi untuk bagi gula-gula cashback maka rumah tersebut dijual dengan harga pada Future Value.
.Anda ingat jika rumah tersebut adalah laku keras banyak ke offer yang pemaju nak bagi gula-gula. Pemaju ma..Mereka mesti mau untung.
.Hutang Cashback adalah salah satu cara untuk melariskan rumah yang tidak terjual. Pemaju tidak turunkan harga. Pakejkan hutang cashback dalam harga jual.
.Maka, pembeli pun berbangga memiliki rumah dapat hutang Cashback. Walhal. Cashback diambil dengan pakej hutang rumah pada harga future value jauh diatas harga pasaran.
.2015 hingga 2021, harga pasaran rumah tak banyak meningkat. Boleh juga dikatakan stagnant.
.Pelabur yang buat untung adalah dengan beli jauh dibawah harga pasaran.
.So, bila dah beli harga future value atau jauh diatas harga pasaran, waktu jual nanti akan ada isu terpaksa topup pulak atau tak dapat jual dengan harga yang diingini untuk cover oustanding hutang bank.
Rog Sulaiman,
Cashback Tetap Hutang