Apa beza CCRIS & CTOS

Bila mana saya ada nak apply financing, rekod CCRIS dan CTOS mesti dijaga. Rekod terpantas pembiayaan perumahan lulus dalam masa kurang 3 hari disebabkan oleh rekod CCRIS dan CTOS yang baik.

Bahasa mudah, dua – dua ini adalah rekod kesihatan kewangan kita.

CCRIS (Central Credit Reference Information System):

CCRIS adalah rekod pinjaman daripada institusi kewangan. Ia kumpul maklumat individu yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan dan membekalkan semula kepada institusi kewangan. Contoh info kewangan yang ada dalam CCRIS:

  1. Pinjaman ASB
  2. Pinjaman kereta
  3. Pinjaman perumahan
  4. Personal loan
  5. Kad kredit

Melalui CCRIS, bank boleh tengok displin anda dalam pembayaran hutang atau komitmen. Kalu demo culas bayar memang susah bank nok bui hutang.

CCRIS paparkan rekod 12 bulan ke belakang. Jika bayaran bulanan tertunggak, lepas bayar balik, sistem akan dikemaskini setiap 15 haribulan.

Jika CCRIS tak comel, selepas setahun dia akan hilang kalau dah langsaikan hutang tersebut. Untuk senangkan kelulusan loan, kita kena hilangkan dulu angka selain kosong tu sebelum memohon pembiayaan.

CTOS (Credit Tip Off Service)

CTOS ni Sistem Informasi Rujukan. Kita akan kena CTOS jika ada tunggakan hutang dengan pihak pemiutang yang bukan institusi bank. Contohnya:

  1. Aeon Credit
  2. Beli Ysuku dengan Kedai Motor
  3. Bil Astro
  4. Bil Telco

Info lain yang ada kat CTOS

  1. Maklumat muflis
  2. Maklumat shareholder (jika berkenaan)
  3. Terlibat tindakan undang – undang

Rekod CTOS ini akanterhapus selepas 2 tahun sekiranya pembayaran penuh dilakukan. First kena buat bayaran penuh dan semak dekat CTOS adakah nama dah clear atau tak. Kalau tak clear lagi boleh tunjuk surat full settlement semasa dalam proses permohonan pembiayaan.

Kredit Gambar : Hartabumi

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?