Secara ringkas compounding adalah peningkatan pelaburan hasil dividen atau interest tahunan.

Kebaikan compounding adalah kita dapat keuntungan hasil simpanan atau pelaburan berdasarkan tahun pelaburan. Contohnya melabur pada aset yang memberi dividen tahunan yang tinggi pada sesuatu jangka waktu.

Manakala keburukan compounding jika mengumpul hutang dengan interest yang tinggi pada tempoh waktu yang panjang. Contohnya kita disarankan untuk membeli kereta dengan interest rate yang rendah. Seeloknya pilih financing 7 tahun berbanding 9 tahun untuk elakkan jumlah hutang yang tinggi hasil effect compounding interest.

Formula Compounding:

Future Value = Present Value (1 + i)^n,

i = interest rate / rate of return

n = tahun pelaburan

Kita boleh guna formula compounding ini jika ingin tahu anggaran kasar pelaburan selepas beberapa tahun.

Contohnya : Ambe simpan duit 100K dalam ASB dengan dividen tahunan 7%. Selepas 10.3 tahun berapakah jumlah simpanan?

Future Value = 100,000(1 + 7%)^10.3

=100,000(1.07)^10.3

=200,748.78

Berdasarkan pengiraan, hasil compounding effect duit simpanan RM100,000 telah menjadi RM200,748.78 selepas 10.3 tahun dengan dividen tahunan 7%.

Pesanan:

1.Sengaja ambe pilih 10.3 tahun untuk relate dengan rules of 72 dimana simpanan RM100,000 telah digandakan kepada RM200,000 selepas 10.3 tahun dengan dividen tahunan 7%.

2.Pengiraan sebenar hasil compounding perlu memgambil kira cas-cas seperti Management Expenses Ratio.

3.Sila lihat gambar untuk tahu kelebihan lain compounding.

4.Melabur ni kena berhemah. Jangan pulak leka melabur hingga abaikan keperluan lain.

5.Kalau ada silap sila betulkan. Ambe budak baru belajar.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?