Yuran universiti ni bukan murah, kalau tak dapat biasiswa, kena buat pinjaman pendidikan.

Kos pendidikan ijazah menunjukkan peningkatan secara exponential. Berbanding dana biasiswa sekarang yang makin terhad.

Manakala jumlah persaingan pelajar cerdik untuk mendpatkan biasiswa pelajaran makin sengit. Sebagai ibu bapa, kita tiada pilihan melainkan persiapan dana pendidikan anak daripada awal.

Anggaran kasar untuk yuran pendidikan di peringkat ijazah:

  1. Institusi Awam = RM 5,000 hingga RM 10,000 setahun.
  2. Institusi Swasta = RM20,000 hingga RM30,000 setahun.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kos pengajian ijazah (termasuk elaun sara hidup dan etc) di Universisti Teknologi Petronas selama 4 tahun untuk bidang mechanical engineering adalah berjumlah RM86,000++.

Alhamdulillah saya dapat biasiswa MARA untuk Skim Pelajar Cemerlang. Terima Kasih MARA.

Berbalik semula kepada dana pendidikan, jadi dana pendidikan yang diperlukan untuk institusi awam adalah sebanyak RM20,000 hingga RM40,000 untuk 4 tahun pengajian.

Bagi institusi swasta pulak, dana pendidikan berjumlah RM80,000 hingga RM120,000 diperlukan bagi tempoh pengajian selama 4 tahun.

**Perlu diingatkan, dana pendidikan tersebut masih belum campur lagi belanja sara h1id1u11p.

**Jumlah dana pendidikan bergantung pada Universiti (dalam atau luar negara) dan jenis bidang yang dipohon.

Strategi saya untuk dana pendidikan anak adalah:

  • Beli satu rumah pelaburan khas untuk dana pendidikan Alisha.
  • Rumah disewakan dan hasil untung sewa simpan dalam akaun simpanan anak.

Cukup masa sebelum Alisha masuk Universiti, jual rumah tersebut dan hasil keuntungan jualan rumah digunakan untuk tampung kos pembelajaran di Menara Gading.

So. Apa tunggu lagi. Jom sama-sama sediakan dana pendidikan untuk anak.

Dana Pendidikan Kulikutif.
Ex-UTP
MARA Scholar
REN INVESTOR11

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?