Anda ada matlamat jangka panjang. Anda tahu untuk mengapainya perlukan pengorbanan.

Contoh Delayed Gratification bilamana anda sanggup berbelanja di bawah kemampuan untuk kumpul deposit bagi memiliki rumah idaman.

Umur 24 tahun saya terpengaruh dengan cerita memiliki 23 rumah sebelum umur 30 tahun selepas terbaca buku Wa Tak Faham.

Dah terpengaruh timbullah angan – angan nak miliki 5 buah rumah sebelum umur 30 tahun. Nak miliki rumah pertama pun terkial – kial. Maklumlah kerja kuli kat fabrication yard.

Bila hati dah tekad, otak dah fokus. Macam – macam kerja yang dibuat untuk capai hasrat memiliki 5 rumah. Rasa diri macam robot pun ada.

Alhamdulillah. Pada umur 29 tahun saya dah capai impian tersebut. Dan sekarang tengah target untuk konsisten belu 1 buah rumah setiap tahun.

Apa yang saya korbankan untuk capai cita – cita?

Masa

Kat syarikat lama hari – hari OT sampai pukul 10 malam. Sabtu dan Ahad pun pulun kerja. Hujung minggu banyak habis untuk setup rumah sublet, uruskan penyewa dan baiki rumah.

Kudrat

Balik kerja tolong isteri sediakan bahan – bahan untuk buat apam gebu, sate sosej dan aiskrim goreng. Pindah ke Kuantan uruskan Sublet sendiri.

Kemewahan

Angan – angan nak ada rumah besar, kereta import serta melancong ke oversea bersama keluarga tetap ada. Tapi semua tu saya letak kat tepi dulu bagi realisasikan impian sendiri.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?