Double transfe adalah penukaran nama di dalam geran belum ditukar ke nama pemilik. Maksudnya nama didalam geran masih lagi developer.

Proses Double Transfer melibatkan penukaran nama daripada :

DEVELOPER >> VENDOR/AGEN

VENDOR / AGEN >> BUYER

Di sini berlaku 2 kali penukaran nama dalam geran.

Disadvantange double transfer adalah proses jual beli mengambil masa yang agak lama. Lebih 6 bulan hingga bertahun. Pengalaman ambe Double Transfer mengambil masa hampir 1 tahun.

Advantange Double Transfer bila buyer punyai masa yang cukup panjang untuk kumpul DEPOSIT. Bagi kes ambe, setahun lah masa yang ada.

Contohnya :

  1. Nov 2014. Bayar booking 5K dan Sign S&P
  2. Nov 2015, Proses tukar nama complete. Bayar baki 10% deposit.

Melalui pembelian double transfer ambe dapat lock harga belian pada harga semasa walaupun full settlement dibuat setahun selepas. Merasa Capital Appreciation walaupun rumah belum jadi hakmilik.

Advantange lain, ambe dapat nego untuk request kunci / kemasukan awal.

PRECAUTION!!!

  1. Pastikan berurusan dengan Agen / REN yang berdaftar (boleh semak di LPPEH)
  2. Pembayaran dibayar melalui bank draft ke akaun company REN atau Peguam sebagai pemegang amanah. Dapatkan resit pembayaran.
  3. Baca S&P. Pastikan tiada cas penalti dikenakan jika proses tukar nama mengambil masa yang lama.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?