Bila beli rumah, ada dua agreement.

1. Sales & Purchase Agreement (SPA).

2. Loan Agreement.Siapa ada nama atas SPA. Rumah itu dia ada hak.

Siapa ada nama atas loan agreement dia ada hutang..

Kalau boleh, avoid letak dua nama atas SPA dan loan agreement.

.Orang Melayu tipikal akan kata ,”Kalau jadi apa-apa nama kau ada”. Jangan risau, walau nama tak ada bawa ke mahkamah syariah, ada bahagian sebagai harta sepencarian walaupun isteri tu suri rumah.

.Kalau tak nak susah di kemudian hari lah. Berapa ramai orang bercerai rumahnya jadi beban sebab sorang lagi buat dajjal tak nak bagi kerjasama untuk jual dan bahagikan untuk teruskan hidup.

.Kalau nak juga letak dua nama, pastikan dua nama dalam SPA dan loan agreement. Jadi kalau ada apa berlaku dua-dua takut muflis, akan bagi kerjasama.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?