Beli kereta tak salah. Yang salah tersalah beli kereta melebihi kemampuan si pembeli. Akibatnya pemilik kereta terjebak dengan masalah kewangan.

Yang sedinya, jika kereta dibeli diluar pada kemampuan sejak pemilik kereta baru mula jejakkan kai dalam alam pekerjaan atau sejak fresh graduate.

Maka pemilik kereta tersebut akan menangung beban kewangan akibat tersalah beli kereta sejak fresh graduate. Tak keterlaluan jika saya andaikan bebanan kewangan ini akan melarat bertahun – tahun hinggakan selepas berkahwin.

Antara kesan buruk kepada graduan jika tersalah beli kereta:

  1. Tiada simpanan yang cukup
  2. Dah tiada simpanan, bila nak kahwin mungkin terpaksa buat komitmen hutang personal untuk majlis kahwin.
  3. Terjebak dalam Rat Race. Pergi kerja dapat gaji hanya untuk bayar hutang sahaja.
  4. Tiada masa untuk keluarga disebabkan sibuk bekerja untuk bayar komitmen hutang.
  5. Terpaksa kerja lebih masa atau buat 2,3 kerja untuk tambah pendaptan bagi langsaikan hutang.
  6. Terpaksa menyewa disebabkan DSR dah burst dan tiada simpanan untuk deposit rumah.

Bersederhanalah dalam beli kereta. kereta mampu milik adalah setahun gaji kita (GAJI X 12 = HARGA KERETA)

Gambar Kredit kepada Tuan Azizul Azli Ahmad

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?