Bahaya jerat kewangan. Salah langkah boleh muflis.

  1. Hutang kereta sebaiknya tak lebih 15% daripada gaji kita. Jika gaji kita RM3000, maka ansuran kereta yang baik adalah RM450.

15% * RM3,000 = RM450

2. Kalau gaji RM2500 belum mampu lagi beli rumah harga RM400,000. Bila ada otai-otai hartanah kongsi pengalaman mereka beli rumah dengan gaji kecik jangan terus nak kondem. Selidik dulu usaha dan pengorbanan mereka. Kan dah nampak bangang.

Formula mudah beli rumah untuk tidak terbeban adalah :

Gaji * 12 * 6.5 = Harga Rumah

Contoh : RM 2,500 * 12 * 6.5 = RM195,000

3. Kredit kad ni yang agak berhantu bagi aku. Tanpa sedar senang je swipe ratus-ratus atau ribu. Untuk yang ada kredit kad ni silalah guna dengan berhemah.

Selalunya aku pakai kredit kad untuk beli minyak petrol (pair dengan PETRONAS mesra kad).

4. Expensive partner?? Mujur bini jenis pakai je semua brand asal comel.

5. Berbelanjalah untuk enjoy selalunya aku asingkan duit untuk bercuti. Tiap-tiap tahun bila ada kelapangan boleh la pi bercuti.

6. Melaburlah dengan berhemah dan pastikan jangan labur pada satu tempat sahaja. Banyak instrumen pelaburan seperti hartanah, emas, unit trust, asb dan tabung haji. Kesemua instrumen yang aku kongsi ada dibuat oleh aku sendiri. Adat kuli makan gaji, perlu invest sikit-sikit untuk perbaiki ekonomi.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?