Berdasarkan pengalaman saya lebih 10 tahun dalam jual beli rumah, ada beberapa perkara penting yang membantu dalam mempercepatkan hartanah terjual cepat. Berikut adalah tips yang boleh diguna pakai pemilik agar rumah terjual cepat:

  1. KEADAAN RUMAH KEMAS, CANTIK DAN KURANG KEROSAKAN

PANDANGAN PERTAMA BELI

Pandangan pertama pembeli ketika melihat rumah yang hendak dibeli adalah memainkan peranan yang besar dan sangat penting.

Keadaan rumah yang kemas, bersih, kurang kerosakan dan telah di cat baru sememangnya sangat membantu pembeli dalam membuat keputusan segera. Ini kerana, kebanyakkan pembeli tidak mahu mengeluarkan kos tambahan membaiki rumah dan pening kepala apabila pembeli rumah yang ingin dibeli.

2. HARGA YANG KOMPETIF

HARGA TERMURAH DI PASARAN ATAU LEBIH KOMPETIF

Antara perkara penting kami sebagai ejen hartanah berdaftar lakukan apabila mendapat lantikan daripada pemilik rumah adalah dengan membuat analisa pasaran dan memberi konsultansi profesional berkenaan harga jualan yang sesuai.

Ini kerana, sekiranya harga yang diiklankan melebihi harga pasaran semasa, ianya pasti sukar untuk laku dan mengambil masa yang lama untuk terjual. Sudah pasti ini akan merugikan tuan rumah secara langsung.

3. MENGIKUT HARGA PASARAN

MENGIKUT HARGA PASARAN YANG DIGUNAPAKAI BANK

Perkara yang kami lakukan apabila mendapat lantikan daripada pemilik rumah adalah dengan memeriksa nilai pasaran semasa rumah berkenaan dengan panel – panel penilai bank. Ini kerana sekiranya harga jualan melebihi harga pasaran semasa, ianya akan membebankan tunai tambahan pembeli untuk mengeluarkan tunai tambahan bagi nilai lebihan harga yang tidak mengikut pasaran.

Sebagai contoh : Nilai jualan hartanah adalah RM300,000.00, tetapi nilai pasaran hanya RM250,000.00. Pinjaman bank hanya mengikut nilai RM250,000.00 selebihnya RM50,000.00, perlu dibiayai sendiri oleh pembeli. Sudah pasti ini sangat membebankan pembeli kerana banyak kos lain yang perlu disediakan pembeli untuk membeli rumah seperti contoh kos guaman, duti setem dan penilaian.

4. TAWARAN JUALAN MENARIK

TAWARAN MENARIK

Sesuatu transaksi yang berjaya direalisasikan kebanyakkan disumbang oleh tawaran yang menarik yang tidak mampu ditolak oleh pembeli.

Antara contoh tawaran menarik yang boleh diaplikasikan adalah dengan memberi tawaran seperti :

  • Harga dibawah pasaran
  • Deposit fleksibel
  • Membaik pulih kerosakkan rumah
  • Tuan rumah membayar kos guaman bag pihak pembeli
  • Beli rumah dapat hadiah seperti contoh hadiah penghawa dingin / televisyen dan lain – lain.

5. MELANTIK EJEN HARTANAH

MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Kenapa dengan melantik Ejen Hartanah dapat mempercepatkan jualan rumah?

Ini kerana ejen hartanah mempunyai pelanggan sediaada, berpengalaman dan berpengetahuan dalam segala berkaitan jual beli rumah. Di samping itu juga, ejen hartanah mempunyai rangkaian pengiklanan dan rangkaian ejen hartanah yang luas yang dapat bekerjasama dalam memastikan rumah anda terjual dengan cepat.

Yang paling penting, kami adalah profesional yang berdaftar dan dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah dan Pengurus Harta. Sudah pasti kami akan memastikan urusan anda selesai sepenuhnya dan anda pasti menerima hasil jualan.

KONSULTASI PERCUMA JIKA ANDA GUNAKAN KHIDMAT SAYA SEBAGAI EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Jika ada sebarang masalah dan masih keliru mengenai proses jual beli rumah, boleh dapatkan khidmat saya, Ejen Hartanah Berdaftar untuk selesaikan masalah anda.

Boleh hubungi nombor yang tertera dibawah untuk mendapatkan info yang lebih lanjut:

NUR AISYAH MAIDIN

Tel +6012 212 2844

Email: aisyahmaidin89@gmail.com

Email: info@intaihartanah

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN HARGA PASARAN SECARA PERCUMA

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?