KmWalaupun ada yang mengatakan hutang cashback itu bagus, disini saya senaraikan antara keburukkan Hutang Cashback:
1. Ramai yang cari rumah nak cashback tutup hutang. Tak kisah rumah camne. Berpotensi atau tidak. Asalkan dapat cashback. Mindset dan ajaran kurang tepat. Gali lubang tutup lubang. Rumah yang dibeli boleh jadi beban baru. Jangan lupa. Cashback buat tutup hutang pun komitmen.
2. Ada klien saya jual rumah yang baru lepas refinance. Boleh jual ngam2 untuk cover hutang bank. Bayangkanlah jika terbeli harga atas pasaran disebabkan pakej hutang cashback. Perlu topup hutang bank dengan duit sendiri kerana harga jual dibawah outstanding hutang bank.
3. Berdasarkan pengalaman kenalan tersalah beli rumah ambil cashback. Bulan-bulan bleeding sebab disewakan dengan negatif cash flow. Duit cashback habis. Jual pula perlu topup duit.
Nak terima hutang Cashback bergantung kepada keputusan anda sendiri. Saya hanya boleh bagi kesedaran tentang bahaya hutang cashback. Buy and Invest at Your Own Risk.
Rog Sulaiman,
Keburukkan Hutang Cashback