Kelebihan Membeli Rumah Subsale
Rumah subsale adalah rumah secondhand atau rumah yang dibeli dengan pemilik rumah yang terdahulu. Rumah subsale juga menjadi pilihan yang utama bagi pembeli memilih sebagai rumah pertama mereka. Ini kerana banyak kelebihan yang pembeli peroleh bila membeli rumah subsale.
Jom saya ceritakan kelebihan bila memilih rumah subsale sebagai rumah pertama anda
Harga yang lebih murah daripada harga pasaran semasa
Anda boleh menyemak terlebih dahulu harga pasaran semasa rumah dan ini dapat mengelakkan anda sebagai pembeli membeli melebihi harga pasaran yang ditetapkan. Tambahan pula, anda boleh berunding atau tawar-menawar dengan pemilik rumah tentang harga yang dipersetujui. Kebanyakan pemilik rumah juga telah melalukan pengubahsuaian atau dekorasi terhadap rumah tersebut.
Lokasi Yang Matang Dan Banyak Kemudahan
Kebiasaannya rumah subsale ini terletak di kawasan yang berdekatan dengan bandar dan mempunyai banyak kemudahan. Ini kerana kawasan tersebut telah lama dibangunkan. Jesteru itu, anda juga boleh melihat sendiri pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut. Pembeli juga boleh melihat suasana persekitaran dan kejiranan di kawasan rumah subsale.
Mengelakkan Risiko Rumah Terbengkalai
Rumah rumah terbengkalai atau pemaju lari boleh dielakkan kerana rumah subsale merupakan rumah yang sedia ada dan sudah siap. Pembeli juga tidak perlu untuk menuggu sehingga tempoh dua tahun untuk mendapatkan kunci rumah. Kebiasaan untuk urusan proses pindahmilik rumah subsale ini berlaku dalam tempoh 5-6 bulan.
Bayar Deposit menggunakan Akaun 2 KWSP
Pembelian rumah subsale melibatkan pembayaran deposit sebanyak 10% dari harga rumah yang ingin dibeli. Dan berita baiknya, pembayaran deposit ini boleh menggunakan Akaun 2 KWSP. Pembeli boleh memohon untuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP sebanyak 10% selepas pembiayaan perumahan diluluskan dan perjanjian jual beli ditandatangani.
Kesimpulan
Proses beli hartanah subsale tidaklah susah jika mempunyai ilmu tentangnya. Sekiranya tidak ada masa untuk belajar berkenaannya, anda hanya perlu hubungi team IntaiHartanah untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma. Ianya akan dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit anda.