“Dah ada kerja sedap pun jadi ejen hartanah ke?” Tanya opismate saya.

Saya jawab dengan bersahaja, “Ya, kenapa? Ada rumah nak jual ke?”

“Takde lah, macam pelik pula.” ujar beliau.

Di sini saya ingin kongsikan kenapa saya berminat untuk ceburi bidang hartanah sebagai ejen hartanah berdaftar walaupun sudah memiliki kerja yang tetap dengan gaji yang lumayan.

Kenapa Saya Jadi Ejen Hartanah Berdaftar ??

1) BELAJAR PASAL HARTANAH DENGAN LEBIH MENDALAM SEBAGAI EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Saya lebih hands on di sini berbanding saya jadi pelabur dulu. Dulu hanya tahu semuanya siap, ditanggung beres oleh perunding hartanah lain atau salesman. Banyak benda, detail dan msalah saya jumpa, lebih-lebih lagi dalam kes penjualan beli hartanah sekunder atau tanah. Masalah yang belum pernah saya jumpa sejak menceburi bidang ini. Jadi, apabila ada masalah, kita akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Bila dapat jawapan, kita akan belajar lebih secara praktikal.

2) EJEN HARTANAH BERDAFTAR BOLEH TAMBAH RAMAI KENALAN

Apabila menceburi bidang ini, nak atau tidak, kita akan pasti jumpa dengan orang. Jika tidak, kita nak jumpa siapa? Dinasour? Jumpa ramai jenis golongan, macam-macam jenis ragam. Suka dapat rumah. Duka ingin melepaskan rumah. Mak mentua ajar menantu beli rumah depan mata. Macam-macam.

Itu bab dengan pelanggan. Kenalan dari sama bidang pula, ejen hartanah berdaftar lain, pegawai bank, penilai hartanah, kontraktor, peguam, kerani pejabat tanah, kerani pejabar JMB dan ramai lagi. Kenal dengan ramai orang dan berbuat baik.

3) EJEN HARTANAH BERDAFTAR ADA MASA YANG FLEXIBLE

Alhamdulillah target untuk bantu isteri dalam kerjaya ejen hartanah berdaftar.Niat asal sekadar untuk cari kerjaya dengan masa flexible bukan setakat berjaya malah lebih dari itu apabila isteri dilantik sebagai Team Leader. Tahniah atas pencapaian yang membanggakan.Saya hanya boleh membantu disebalik tabir dengan ruang masa yang terhad. Rekod saya sebagai Perunding Hartanah adalah Zero Sales dan Zero Award.

Kerjaya ejen hartanah berdaftar masa kita agak flexible kerana tidak terikat dengan office hour. Kita bebas merancang masa untuk bertemu dengan pembeli, penjual atau lawyer.

4) MEMBUAT SIMPANAN UNTUK MODAL PELABURAN YANG AKAN DATANG

Duit yang saya dapat sebagai komisen ini, akan disimpan untuk pelaburan yang akan datang. Orang kata 2015 – 2016, waktu yang ‘sedap’ untuk membeli. Banyak hartanah bawah nilai pasaran. Tunggu dan lihat serta sediakan sahaja ‘peluru-peluru’ yang perlu.

5) TAMBAH LAGI PINJAMAN YANG BAIK UNTUK HARTANAH YANG TERBAIK

Kita kenal dengan pegawai bank dan kitalah front liner untuk orang jual rumah. Kita sentiasa dalam pasaran. Kita tahu tentang polisi bank. Bank mana yang mememberikan Effective rate yang terbaik.

6) BELI HARTANAH, LAGI DAN LAGI…

Ejen hartanah berdaftar adalah frontliner dalam industri hartanah. Ejen hartanah berdaftar antara yang terawal dapat info berkenaan rumah murah.

Kadang-kadang kita berhadapan dengan peluang yang tidak disangka-sangka. Orang memang nak jual rumah atau tanah di lokasi yang baik dengan cepat dan sanggup menjual jauh dari nilai pasaran.

Dengan menjadi Ejen hartanah berdaftar saya boleh tambahkan rumah pelaburan dengan membeli rumah murah di lokasi yang baik.

Rumah Pelaburan untuk 2020

INGIN JADI EJEN HARTANAH BERDAFTAR?

Jika anda yakin mahu menambah pendapatan bulanan anda, kerjaya inilah yang tepat pilihan anda!Untuk maklumat lanjut hubungi team intaihartanah.com :

M Rozi (REN 39256)☎️ 0149081924📲www.wasap.my/60149081924/PeluangKerjaya

Aisyah (REN 39257)☎️ 0122122844📲www.wasap.my/60122122844/PeluangKerjaya

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?