Orang kita selalu kaitkan kereta dengan lambang kejayaan.

Kita akan dianggap cukup BERJAYA jika memandu kereta import mewah.

Ramai yang menjadikan kereta mewah sebagai tanda reward selepas bekerja keras, driven force untuk terus kekal berdaya saing atau alat untuk kembangkan bisnes.

Pendapat saya, tak kisahlah untuk alasan apa. Beli sahaja jika mampu.

Jangan pula anda terpaksa ikat perut semata-mata ikut trend untuk memiliki kereta mewah sedangkan tidak mampu.

Pernah saya bagitau isteri selepas memiliki HRV tak perlu nak upgrade kepada kereta lain dah.

Bagi saya yang biasa memiliki kereta local seperti kancil, axia dan alza, memandu HRV terasa perbezaanya. Dari segi keselesaan dan kelajuan memang ketara.

Berbanding keselesaan dan kesedapan memandu. Saya lebih pentinggkan “peace of mind” setiap bulan apabila tiba masa untuk membayar installment kereta.

Cuba bayangkan jika tiap-tiap bulan anda terpaksa korek tabung atau ikat perut hanya kerana ikut trend memiliki kereta mewah. Tentu terseksa 😅.

Next komitmen, saya tak akan fokus kepada kereta. Nak kurangkan hutang jahat serta cari aset yang boleh bekerja jana pendapatan. Cukuplah dengan komitmen kereta HRV yang sedia ada.

Nak bawak berjalan pun Lockdown dan PKP pah ceroh.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?