- REN aka Perunding Hartanah. Tugas bukan jual rumah semata-mata. Lebih kepada pemudah cara urusan jual beli rumah antara owner, buyer, banker dan lawyer.
2. REN yang berpengalaman serta sale sudah mantap boleh upgrade jadi Team Leader. Boleh asah skill Leadership uruskan team sendiri. Perlu jadi role model untuk sale konsisten serta pada masa yang sama bimbing anak buah ke jalan yang lurus.
3. Probationary Estate Agent (PEA). Budak praktikal nak uruskan agensi sendiri. Nama je budak praktikal tapi ilmu hartanah dan kepimpinan kena tinggi. Maklumlah ke selangkah lagi sebelum uruskan agensi perunding hartanah sendiri.
4. Estate Agent (EA). Bila dah registered sebagai EA, korang dah layak untuk buka agensi perunding hartanah sendiri. EA kira level2 tinggi dalam kerjaya hartanah dan EA ada hak untuk pilih mana2 REN yang layak sahaja bernaung dibawah agensi mereka.
5. Pelabur Hartanah. Anda tak perlu REN, PEA atau EA untuk jadi pelabur hartanah. Apa yang anda perlukan adalah ilmu hartanah dan ilmu pengurusan kewangan. Tapi cukup rugi jika REN, PEA atau EA tidak terlibat dalam pelaburan hartanah kerana anda dapat akses terawal kepada listing hartanah yang menarik.
6. Serba sedikit berkenaan kerjaya saya dalam hartanah. Saya bermula sebagai Pelabur Hartanah dari tahun 2014 hingga sekarang. Mula menceburi bidang Perunding Hartanah (REN) pada hujung tahun 2019 sebagai Part Time untuk support kerjaya isteri.
7. Sebagai Pelabur Hartanah, banyak yang saya belajar dari kerjaya REN. Antaranya adalah pengalaman hands on uruskan proses jual beli rumah. Selain tambah networking saya juga dapat ilmu baru berkenaan pengiraan RPGT, cara baca geran serta asas pengiraan untuk setiap kos yang terlibat dalam pembelian rumah. Secara tidak langsung dapat membantu proses negosiasi semasa pembelian rumah pelaburan. Untung kan. Banyak kos2 boleh jimat.