Beli Rumah Lelong tak selalu indah:

Beli rumah ni tipu la semua manis-manis je. Dalam banyak – banyak mesti ada kenangan tak berapa cantik kan.

Ni cerita rumah lelong ke – 3. Menang 70K tingkat 4. Flat murah tapi ada lift. Okey la tingkat 4. Ada 2 option sama ada nak walk up atau naik lift. Jika lift rosak tak penat mana naik tangga.

Kawasan ni hujung tahun 2019 ada kenalan menang lelong 90K++ untuk tingkat 8. Kira harga yang saya menang 70K tu masih murah lagi la untuk tingkat 4.

Cuma yang sakit hati owner lama tak reti bahasa buat keras kepala tak nak keluar rumah.

AWAS! Perlu hati – hati sebelum bid rumah lelong yang ada penghuni. Untuk kes saya ni ex – owner berkeras tak mahu keluar.

Cerita secara details nanti saya kupas dalam next post. Menang hujung tahun lepas sekarang masih dihuni secara haram oleh ex – owner.

Cerita tamil selalunya lebih 3 jam nak fight. Sekarang dalam proses court order. Lawan tetap lawan. Baca afidavit balasan Defendan gelak – gelak dengan lawyer sebab alasan tak masuk dek akal untuk taknak keluar rumah.

Sebelum beli rumah lelong baik korang baca ebook ni:

https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/intaihartanah

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?