Setiap apa yang kita buat perlu ada Matlamat yang jelas.

Kerja:

  • Kerja bukan hanya untuk sara hidup sahaja.
  • Sebahagian dari pendapatan saya dah asingkan siap-siap untuk jana pendapatan pasif.
  • Semakin bertambah besar gaji, semakin bertambah besar portion untuk pelabran.
  • Dari mula bekerja saya akan usahakan untuk cepat – cepat naik gaji.

Modal:

  • Masa awal kerja sumber modal pelaburan bergantung 100% dari duit gaji.
  • Saya tak tunggu lama untuk untuk melabur dalam instrumen pelaburan low risk low return. Saya buat force saving dalam ASBF masa tahun pertama bekerja.
  • 2012 Saya dah survey untuk pembelian rumah pertama. Lagi awal saya beli rumah yang betul lagi cepat untuk saya jual dan jana modal pelaburan yang lebih besar.
  • Seiringan dengan kenaikan gaji, ada je ruang untuk lepas pinjaman dan cukup modal saya terus beli rumah yang seterusnya.
  • 2013 hingga 2020 saya sign SPA untuk 9 buah rumah.

Pelaburan Hartanah:

  • Strategi saya dalam pelaburan hartanah beli bawah pasaran untuk untung awal.
  • Saya beli target untuk sewakan secara positif cash flow dan jualkan balik selepas 5 tahun.
  • Rumah pertama dibeli pada 2013 dan dijualkan balik dengan keuntungan lebih 100K.
  • Rumah kedua saya refinance pada 70% dari harga pasaran semasa dengan lebihan cash lebih 60K.

Modal Pelaburan :

  • Force saving dalam ASBF.
  • Pendapatan aktif sebagai kuli dalam sektor migas.
  • Bonus tahunan.
  • Part time kerja jual kuih bersama isteri.
  • Keuntungan jual rumah pertama.
  • Lebihan cash refinance rumah pertama.
  • Partner terbesar saya adalah institusi bank di Malaysia.
  • Komisyen part time sebagai Perunding Hartanah Berdaftar aka REN.
  • Remorgage rumah yang dibeli secara tunai.

Part time REN:

  • Tambah ilmu dalam bidang sales.
  • Ambil peluang jadi yang terawal dapat info rumah hot untuk pelaburan.
  • Cari mentor. Ramai senior REN dah bergelar jutawan senyap.
  • Tambah skills kedua seandainya saya diberhentikan kerja.
  • Peluang jana pendapatan 4 ke 5 angka.
  • Saya suka sharing pasal hartanah saya boleh share berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Rog Sulaiman

Matlamat Saya Kongsi Ilmu Hartanah

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?