Nak sewa atau beli rumah bergantung kepada kemampuan kewangan masing – masing. Ni pendapat saya kepada option beli rumah.

Beli Rumah:

  1. Sesuai untuk rumah yang tidak terlampau mahal.
  2. Ambil contoh, rate sewa di kawasan Batu Hitam adalah RM700 ke RM800 untuk rumah teres setingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
  3. Harga rumah subsale dengan spesifikasi yang sama adalah RM200,000. Maka anggaran installment pinjaman bank adalah sekitar RM850 ke RM1000.
  4. Amat berbaloi bagi saya untuk memiliki rumah sendiri jika perbezaan komitmen bulanan anda dalam beberapa ratus sahaja.

Kelebihan Beli Rumah:

  1. Boleh mekap ikut citararsa.
  2. Tiada halangan untuk tebuk sana tebuk sini. Nak tebuk atap pun boleh. Tiada pakcik Lim atau atok M yang marah.
  3. Bebas bawa masuk haiwan peliharaan. Untuk muslim babi haram bawa masuk rumah.
  4. Rumah milik sendiri. Boleh jualkan atau sewa tanpa larangan.
  5. Nikmati hasil keuntungan Capital Appreciation rumah.

Keburukan Beli Rumah:

  1. Kena keluarkan kos yang tinggi untuk miliki rumah. Kos seperti Valuer fee, Legal fee dan deposit rumah.
  2. Perlu bayar interest jika hutang bank.
  3. Risiko lelong jika tak mampu bayar pinjaman.
  4. Jika kena pindah perlu cari cara untuk jual atau sewakan rumah.
  5. Terikat hutang pinjaman selama 35 tahun.
  6. Risiko terbeli rumah dengan harga future value.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?