Manfaatkan Moratorium untuk 4 benda ini:

Pada 1 April 2020 bermulalah tempoh moratorium selama 6 bulan. Bagi anda yang memilih untuk turut serta dengan tawaran moratorium seharusnya cakna bahawa anda sebenarnya menangguhkan bayaran bulanan komitmen anda.

Wang lebihan hasil penangguhan bayaran komitmen dengan institusi kewangan seharusnya dimanfaatkan dengan betul.

Ini adalah kerana anda masih berisiko dengan kenaikan bayaran bulanan nanti mengikut terma dan syarat bank masing-masing. Seharusnya kita sedia maklum tempoh bayaran akan dilanjutkan selama 6 bulan lagi.

Berikut adalah saranan saya untuk kegunaan lebihan wang hasil moratorium.

  1. Barang keperluam makanan.

Beli barangan keperluan untuk survival keluarga. Ingat! Ekonomi dunia tengah gawat. Ramai yang terkesan dan berkemungkinan kehilangan kerja.

2. Bantu golongan yang susah.

Asingkan sedikit lebihan wang untuk bantu golongan yang susah. Ramai keluarga yang tiada duit untuk membeli barangan keperluan seperti makanan, susu anak dan pampers.

3. Tabung simpanan.

Adakah tabung simpanan kecemasan untuk 3 hingga 6 bulan. Ingat! Ekonomi dunia tengah gawat. Anda bukan hanya melwan Covid19 tetapi bakal terkesan dengan kemelesatan ekonomi serta harga minyak dunia yang rendah.

4. Lupuskan hutang liabiliti.

Jika dah ada simpanan kecemasan. Target untuk langsaikan satu hutang liabiliti yang mempunyai kadar interest yang tinggi. Sebagai contoh saya target untuk lupuskan hutang kereta Axia dengan kadar interest lebih 6%. Hasilnya, penjimatan sebanyak RM400 bakal dinikmati pada setiap bulan.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?