Saya selalu diajukan dengan soalan patut ke beli rumah kat tempat kerja sekarang. Maklumlah umur masih muda dan baru sahaja mula bekerja.
Kebanyakkan dari kita masih dalam dilema taknak beli rumah lagi sebab belum tahu nak menetap kat mana lagi. Tambahan lagi kerja sekarang masih belum tetap dan berkemungkinan untuk berpindah tempat kerja.
Saranan saya, belilah sahaja rumah dimana anda kerja atau tinggal sekarang. Tak payah pikir sangatlah lepas ni nak ke mana. Paling penting anda miliki rumah seawal mungkin.
Andai satu masa nanti anda bertukar kerja atau terpaksa berpindah. Jangan risau. Rumah tersebut masih boleh disewakan.
Nasihat di atas saya telah praktikkan semasa mula -mula bekerja pada tahun 2013:
2013 : Beli rumah pertama kat Johor denegan jarak 5 km ke tempat kerja. Rumah pertama kami selepas kahwin.
2014 : Hujung tahun 2014 booking rumah ke -2 dengan harapan untuk ada rumah yang lebih selesa.
2015 : Berpindah ke Pahang atas tuntutan kerja. Rumah ke 2 masih belum dapat kunci.
Apa yang saya buat, kedua -dua rumah tersebut saya sewakan dan hasilnya saya simpan untuk cantikkan profile income.
Alhamdulillah. Hasilnya saya hanya sempat menyewa sekejap sahaja kerana telah berjaya miliki rumah sendiri di Pahang pula.
Pengajaran disini:
- Beli rumah seawal mungkin sewaktu mula – mula bekerja.
- Beli sahaja rumah dekat dengan tempat kerja sekarang.
- Jangan takut beli rumah. Jika berpindah rumah boleh disewakan atau dijualkan. Yang penting beli rumah yang betul.
Nak cari rumah yang betul boleh hubungi intaihartanah.com