Hujung tahun 2014, baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal tahun.Kewangan masih belum stabil. Gaji pun belum tinggi. Kerja kuli di fabrication yard gaji pokok hanya Rm2400.Masih baru dalam bidang hartanah. Belum mula sebagai pelabur.

Niat nak beli rumah kedua untuk upgrade ke rumah yang lagi selesa.Survey di mudah. Terjumpa rumah berharga Rm190K di Taman Scientex, Pasir Gudang. Rumah dua tingkat dengan 3 bilik serta 2 bilik air.Jumpa ejen jual rumah pun naik kancil. Kereta pertama saya. Segan pulak sebab ejen yang jual rumah naik BMW. Mujur dia layan budak hingusan macam saya.

Berkenan dengan rumah sebab dah siap renovasi. Beli harga 190k. Harga pasaran 190k. Masa ni belum pandai cari rumah bawah pasaran serta zero knowledge dengan Mark Up.Nak lock rumah ejen mintak earnest deposit 5k. Argh Sudoh. Duit mana nak cekau. Orang baru kahwin, duit banyak habis. Pergi honeymoon pun ex-boss isteri yang payung hotel.

Balik rumah bincang dengan isteri. Cari duit terselit bantal. Alhamdulillah ada Rm3000. Mana nak cekau lagi Rm2000.Tebalkan muka pinjam dengan abang ipar dan bapa sedara Rm1000 setiap seorang. Saya betul-betul nekad nak beli rumah kedua.

Saya pilih rumah kerana lokasi strategik, siap renovasi serta harga yang mampu milik.Paling penting sebab “Double Transfer”. Berdasarkan penerangan dari ejen saya ada tempoh masa 12 bulan untuk kumpul baki deposit.Alhamdulillah. Ada juga cara untuk saya dapatkan rumah kedua. Dalam tempoh 12 bulan ni saya overtime gila-gila, buat dua tiga kerja termasuk jual kuih.

Betul lah. Nak beli rumah yang paling penting perlukan hati yang kental. Dengan berbekalkan Rm3000 saya mampu cukupkan deposit 10% beserta kos-kos peguam untuk pindah milik.Total kos yang saya keluarkan untuk pembelian rumah kedua berjumlah lebih Rm25,000.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?