Masa mula – mula masuk alam bekerja jangan kecewa jika anda tak dapat bekerja di syarikat besar. Dan jangan rendah diri jika gaji tidak sebanyak rakan-rakan.
Daripada jeles kat kawan-kawan sebaya yang lagi bernasib baik. Cuba beberapa perkara ni untuk ubah nasib.
- Tambah ilmu: Fresh graduate yang bekerja dari bawah walaupun gaji ciput banyak advantenge dari segi pengalaman kerja. Setiap hari luangkan masa untuk tamabah teknikal knowledge.
- Mahirkan dengan software, code dan standard yang relevan dengan bidang. Cara paling cepat untuk bos pandang anda dan mudah untuk demand gaji. Saya dulu bukan setakat boleh design pressure vessel bahkan boleh lukis fabrication drawing pakai Autocad.
- Cari pendapatan tambahan. Cara senang buat overtime jika company benarkan. Housemate saya dulu buat part time sebagai cikgu tuisyen. Saya memang tak sempat nak buat kerja lain. Hari – hari balik pukul 10 malam. Sabtu balik pukul 5.00. Ahad kadang -kadang perlu masuk opis.
- Mulakan saving 10% daripada gaji. Jadikan habit menyimpan seawal mungkin. Bila gaji dah bertambah, jangan tambahkan komitmen yang tidak perlu. Istiqaman tambahkan simpanan.
- Cari kereta yang sepadan dengan gaji. Ruke of Thumb, harga kereta tak lebih 12 bulan gaji. Contoh jika gaji RM2000, cari kereta yang berharga RM24,000.
- Sewa bilik dahulu. Cari bilik setakat selesa untuk tidur dan sepadan gaji anda. Disebabkan gaji paling ciput dalam rumah, saya mintak untuk tidur kat ruang tamu. Boleh la jimat bayar rumah RM100 jah.
- Mulakan menyimpan kat ASB ataupun force saving ASB financing. Ambil amount yang anda mampu bayar. ASBF ni betul bank untung. Sejarah ambe buat ASBF bermula dari tahun 2008 tak pernah rugi lagi. Nape ASBF? Untuk dapatkan pulangan tahunan yang tinggi dari instrumen simpanan lain serta latih untuk force saving.
- Konsisten bagi duit kat mak dan ayah. Biar tak banyak pun. Asalkan anda ikhlas bagi. Tanam azam untuk tamabah wang saku mak ayah bila naik gaji.
Rog Sulaiman
Kuli Fabricator >> Kuli Plant >> REN Cabuk