Beli rumah menggunakan servis Ejen Hartanah berdaftar adalah tindakan yang bijak jika anda tiada ilmu dalam proses pembelian rumah. Tambahan lagi jika ini adalah pembelian rumah pertama.
PANDUAN BELI RUMAH DENGAN TEAM INTAI HARTANAH 1 : SESI VIEWING
- Proses viewing rumah yang hendak dibeli sangat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekesalan selepas anda selesai menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli atau Sales and Purchase Agreement (SPA) rumah tersebut.
- Pembeli perlu lawat dahulu hartanah yang ingin dimiliki.
- Periksa setiap kerosakan, ambil gambar dan buat catatan. Pastikan rumah dalam keadaan baik serta tiada kerosakan.
- Jika terdapat kerosakan pada rumah, tanya sama ada tuan rumah sanggup baiki atau tidak. Cuba negosiasi untuk turunkan harga bagi baiki kerosakan jika rumah dijual dalam keadaan rosak.
- Kenalpasti kerijanan anda bagi menjamin keselesaan apabila mula tinggal di sana.
- Perhatikan keselamatan persekitaran rumah yang dibeli.
PANDUAN BELI RUMAH DENGAN TEAM HARTANAH 2 : TANDATANGAN “AGREEMENT TO PURCHASE” (ATP) FORM DAN BAYAR BOOKING
- Jika berminat dengan rumah yang telah dilawati bersama Team Intai Hartanah, pembeli perlu mengisi dan menandantangani Agreement To Purchase (ATP) Form.
- Bersama – sama dengan borang ATP pembeli perlu sertakan bayaran booking kepada akaun agensi Team Intai Hartanah iaitu Legacy Properties SDN BHD.
- Pembeli diingatkan supaya tidak membayar wang booking sebanyak 3.18% tadi kepada akaun personal.
PANDUAN BELI RUMAH DENGAN TEAM INTAI HARTANAH 3 : PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN DARI BANK
Selepas pembeli sudah bersetuju untuk membeli rumah, langkah seterusnya adalah memohon pinjaman perumahan. Untuk memohon pinjaman pembeli perlu menyediakan dokumen seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip Gaji (3 hingga 6 bulan)
- Resit Cukai Pendapatan
- Borang tempahan pembelian hartanah (ATP form)
- Penyata simpanan seperti Tabung Haji, ASB dan Simpanan Bank.
Bank akan mengambil anggaran 7 hari bekerja untuk memproses pinjaman pembeli selepas memeriksa dengan pihak yang berkaitan seperti CCRIS dan CTOS.
Jika pinjaman diluluskan, bank akan keluarkan Letter Offer Loan untuk pembeli tandatangan sebelum peguam sediakan Perjanjian Jual Beli (SPA).
PANDUAN BELI RUMAH DENGAN TEAM INTAI HARTANAH 4 : TANDATANGAN PERJANJIAN JUAL BELI (SPA)
Perjanjian Jual Beli atau Akronimya SPA (Sale and Purchase Agreement) ialah dokumen perjanjuan jual beli hartanah antara penjual dan pembeli.
SPA ditandatangani pembeli setelah pinjaman perumahan telah lulus. Ini bagi kes pembelian melibatkan urusan pembiayaan bank. Manakala bagi pembiayaan dengan LPPSA (loan kerajaan) ia ditandatangani sebelum permohonan pembiayaan dilakukan (ada sesetengan kes iaitu selepas pembiayaan diluluskan).
SPA sangat penting kerana ia adalah untuk menjamin hak dan kepentingan penjual dan juga pembeli. Ia merangkumi:
- Harga Belian
- Status rumah semasa pindah milik
- Nama Penjual dan Nama Pembeli
- Tempoh proses untuk pindah milik
- Penalti
Semasa proses tandatangan SPA, pembeli perlu menjelaskan baki 6.82% dari baki deposit 10% kepada penjual melalui peguam. Baki 6.82% boleh juga dijelaskan melalui pengeluaran wang KWSP.
PANDUAN BELI RUMAH DENGAN TEAM INTAI HARTANAH 5 : FOLLOW UP
- Pembeli dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan proses SPA supaya pembayaran baki 90% harga belian dapat dijelaskan kepada penjual dalam masa yang ditetapkan.
- Jika berlaku kelewatan dalam pembayaran baki belian ini akan melambatkan proses penukaran nama serta pembeli berkemungkinan dikenakan penalti atas kelewatan.
PANDUAN BELI RUMAH DENGAN TEAM INTAI HARTANAH 6 : PENYERAHAN KUNCI
Pembeli pastinya tertanya – tanya bilakah mereka boleh dapat kunci? Serahan kunci kepada pembeli boleh dilakukan selepas penjual mendapat wang semasa 2nd disbursement, dalam masa sama rumah tersebut telah menjadi milik pembeli.
Apakah maksud 1st disbursement dan 2nd Disbursement?
Pertama (1st disbursement); Bank pembeli membayar segala tunggakan hutang penjual. Selepas proses ini, penjual sudah tak perlu mambayar ansuran bulanan rumah. Manakala pembeli akan mula membayar ansuran rumah.
Kedua (2nd disbursement); Bank pembeli membayar baki kepada penjual melalui peguam yang dilantik.
Penjual akan mendapat duit dalam masa 5 -7 hari selepas pihak peguam menerima duit baki dari pihak bank.