Beruntunglah jika anda lahir saja dah mewarisi gaji kumpulan T20. Anda ibarat lahir atas katil emas.
Bagi kumpulan yang tidak berapa bernasib baik macam saya, kita seharusnya bersyukur walaupun bermula dari bawah iaitu kumpulan B40 kita masih diberi keberkatan dalam rezeki.
Walau tergolong dalam kumpulan manapun, sentiasa bersyukur dan jangan ada perasaan hasad dengki.
Dalam Islam perasaan hasad dan dengki dilarang kecuali dalam 2 perkara:
- Dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu Al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang dan malam.
- Dengki terhadap orang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan hartanya ke jalan Allah.
Tanam azam untuk berjaya:
Bermula dari bawah iaitu golongan B40 tak semestinya kita sentiasa berada pada takuk yang sama.
Umur 20an: Mula Bekerja
Jangan malu jika gaji graduan tak seberapa. Belajar ilmu kewangan dan berbelanjalah dibawah kemampuan.
Perbanyakkan simpanan:
Cara urus gaji yang betul, Belanja = Gaji – Saving
Kereta:
Beli kereta atau motor biasa dulu. Axia pun cantik.
Rumah:
Beli rumah kecil dulu. Teres 2 bilik atau flat jadi pilihan.
Umur 30an: Target senior position dalam syarikat.
Target untuk pendapatan sekurang-kurangnya di kumpulan M40.
Tak salah nak upgrade kereta yang lebih besar. Yang penting sepadan dengan gaji. Alza atau Arus boleh dipertimbangkan. Ada rezeki lebih, nak upgrade ke bangsa H pun boleh asal tak membebankan.
Target untuk ada beberapa rumah pelaburan.
Umur 40an: Aim management position
Maintain pendapatan di M40 atau upgrade ke T40.
Dah lama tangguhkan hasrat, boleh la cari kereta idaman. Tapi ingat, umur 40an dah perlu fikir untuk kurangkan komitmen liabiliti.
Cari rumah untuk settle down. Cari lah rumah ada laman. Petang – petang boleh lepak sambil hirup kopi.
Ni contoh cara simple uruskan pendapatan untuk kuli makan gaji macam saya. Mula dari B40 kita panjat slow-slow ke kumpulan M40 dan T20. Tak payah nak pening dan berlumba dengan orang lain.