Permohonan pembiayaan yang dibenarkan bagi orang yang layak di bawah Lembaga adalah seperti berikut:

Pemohon boleh memilih skim pembiayaan SPPSA atau SPPSAi. Walau bagaimanapun, permohonan untuk menukar skim pembiayaan setelah permohonan diluluskan adalah tidak dibenarkan.

.Permohonan pembiayaan hanya dibenarkan bagi satu (1) hartanah sahaja pada satu-satu masa.

.Pembelian hartanah bagi projek pembinaan melebihi 4 buah rumah bagi Semenanjung dan 8 buah rumah bagi Sabah/ Sarawak hendaklah disertakan dengan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan yang masih berkuat kuasa.

.Pembelian hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu/ Strata berstatus pajakan tertakluk kepada syarat tempoh pajakan berbaki sekurang-kurangnya 10 tahun selepas pembiayaan selesai dibayar.

.Pembelian hartanah berstatus Hakmilik Individu/ Strata yang mempunyai ‘Sekatan Kepentingan’ tertakluk kepada syarat telah mendapat kebenaran pindah milik/ menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri.

www.intaihartanah.com.

Grand Premier Consultant

#syaratdasarpermohonanlppsa

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?