Amaran! Bahan bacaan dibawah agak panjang akan membantu korang membeli rumah 1 hari nanti!

PRO DAN CON BELI RUMAH SUBSALE

Sekiranya korang bercadang mencari rumah untuk duduk sendiri atau buat pelaburan, dalam pasaran hartanah ada 3 segmen utama iaitu pasaran primer atau ‘undercon’, subsale dan lelong yang boleh dipertimbangkan.

Kesemua pasaran ini ada potensinya dan salah satu yang berpotensi besar adalah pasaran rumah subsale.

Bila cakap tentang rumah subsale ni, ia bermaksud dalam perjanjian jual beli, korang bukan lah pembeli pertama unit rumah tersebut dari pihak pemaju. Bahasa mudahnya, rumah subsale adalah rumah ‘secondhand” bukanlah pemilik asal rumah tersebut.

3 KELEBIHAN BELI RUMAH SUBSALE

Tapi, betul ke rumah subsale pun boleh beri pulangan pelaburan yang baik? Betul! Sebabnya ada beberapa kelebihan rumah subsale seperti berikut:

  1. Kurangkan risiko rugi pelaburan hartanah

Bila beli rumah subsale korang dah boleh tahu lokasi, kondisi kerosakan rumah dan juga kawasan persekitaran kediaman.

Oleh itu, korang sudah tahu dan analisis kawasan yang bakal dibeli sekaligus risiko pelaburan berada dalam kawalan.. Bagi korang yang nak beli untuk duduk sendiri, korang dah boleh tahu bakal jiran. Barulah seronok tengok jiran okay ke tak…

  1. Tahu potensi aliran tunai

Dalam pasaran rumah subsale, korang dah pun tahu berapa potensi aliran tunai di kawasan rumah subsale yang bakal beli. Ini perkara asas membeli rumah untuk pelaburan, korang perlu kenal pasti siapa bakal penyewa dan apa strategi sewaan terbaik.

  1. Boleh dapat bawah harga pasaran!

Kalau pandai pilih kawasan dan ejen pun berusaha dapatkan harga terbaik untuk korang, memang boleh dapat rumah subsale di bawah harga pasaran.

Caranya korang kena la rajin tengok iklan rumah subsale di bawah harga pasaran terutamanya dalam keadaan pandemik COVID-19 sekarang!

Malah, penelitian abang juga mendapati dalam keadaan semasa, memang berlaku penurunan harga permintaan untuk jualan dan ia kekal stabil buat masa ni. Ambil peluang sebelum harga naik balik!

3 RISIKO BELI RUMAH SUBSALE

Kalau ada kelebihan, mestilah ada juga keburukan atau risiko beli rumah subsale ni. Apa risikonya?

  1. Risiko kecacatan rumah

Dah nama pun rumah subsale dan korang bukannya pemilik pertama, mestilah ada risiko kecacatan rumah. Bumbung bocor ke, paip berkarat, wiring kena tukar, lantai kena buat balik dan sebagainya.

Sebab tu, ketika melawat rumah subsale yang ingin dibeli, teliti semua keadaannya dan korang boleh gunakan semua “kecacatan” ni untuk berunding dapat harga yang lebih baik. Pandai-pandai lah kan?

Rumah subsale tak ada tempoh liabiliti kecacatan tau.

  1. Penilaian Valuer berbeza-beza

Setiap bank mempunyai jurunilai hartanah mereka sendiri dan nilai yang diberikan penilai ni adalah harga terakhir digunakan bank.

Walaupun ejen atau pemilik dah letak harga sekian-sekian dan korang pun setuju, bank hanya menggunakan harga dikeluarkan jurunilai dilantik mereka dan ia boleh berbeza-beza ikut bank.

Kenapa? Sebab bank perlu jaga kesihatan pasaran hartanah dan industri kewangan secara keseluruhannya supaya tidak berlaku spekulasi hartanah melampau.

Jadi, kenalah bijak dapatkan harga penilaian yang terbaik. Sebab tu, kena buat permohonan pinjaman dari beberapa buah bank supaya korang boleh pilih mana yang terbaik.

  1. Kos-kos lain

Orang beli rumah subsale selalunya sebab murah dan boleh tawar menawar, tapi jangan lupa proses pembelian rumah subsale juga melibatkan banyak pihak lain seperti peguam, penilai hartanah dan bank.

Bila dah banyak pihak terlibat, mestilah ada bayarannya kan? Bayaran ni yang ramai orang selalu terlepas pandang. Jadi, hati-hati dan selalu tengok apa kos yang ada macam kami dah senaraikan kat atas tu.

Tapi bagi yang bijak mencari rumah subsale di bawah harga pasaran korang dapat minimumkan kesemua kos membeli rumah subsale dan pada masa yang sama dapat menjana aliran tunai positif dalam pasaran pelaburan rumah subsale!

Jadi, kalau nampak yang berkenan tu, hubungi saja ejen berkaitan, mereka akan bantu korang kira-kira. Kalau tak jadi beli pun, korang dah usaha kan?

Semoga berjaya!

Sumber: hartanahclick.com , property guru.

  • Rog Sulaiman –
    Perunding Hartanah Berdaftar
Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?