Salah satu sebab utama saya pilih untuk refinance salah satu rumah adalah bagi menguranglan komitmen hutang personal loan.

Ini kerana personal loan menggunakan flat rate berbanding effektif rate. Sebelum pergi detail, jom kita tengok perbezaan antara Flat Rate dan Effective Rate.

FLAT RATE – Personal loan, credit card, hire purchase (loan kereta).

Flat Rate ini merupakan interest yang telah ditetapkan, walaupun pengguna membayar prinsipal dengan lebih awal namum flat rate ini tetap sama tidak akan berkurang.

REDUCING BALANCE / EFFECTIVE RATE – Mortgage (housing loan) dan ASB loam.

Interest Charge Effective Rate ini dikenakan berdasarkan baki loan tersebut, jika nak kurangkan interest maka bayarlah prinsipal loan tersebut. (Prinsipal Reduction)

Saya ambil contoh flat rate bagi personal loan saya:

Rate personal loan yang banker offer adalah Flat Rate. Contoh : Rate PL 3.98% bersamaan 7.16% Effective Rate.

(Nak lagi mudah, anda congak (Effective Rate = 2 * Flat Rate. Nilai tepat adalah dalam 1.8)

Interest rate yang saya dapat untuk refinance rumah adalah 4.3%. Dan rate refinance ni adalah effektif rate. Maka saya tidak perlu lagi darab dengan 1.8.

Berdasarkan perbandingan, tentulah lagi untung saya mohon refinance untuk kurangkan komitmen hutang 4.3% vs 7.16% mestilah saya pilih 4.3%. Betul tak?

Sebelum buat keputusan untuk ke arah refinance, mestilah saya buat kira-kira secara terperinci. Dan hasilnya saya berjaya kurangkan komitmen bulanan bersamaan RM670 sebulan.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?