Perunding Hartanah kita kerja tak kira masa. Malam, hujung minggu fokus buat kerja. Okeylah. Janji anda kerja lagi kan.
Pagi mula dengan viewing dua rumah di Indera Mahkota 2 dan Kota Sas. Dapat amanat dari klien untuk jualkan rumah dan cari rumah yang baru. InsyaAlla kita usahakan yang terbaik.
Tengah hari dapat feedback positif dari tenant untuk rumah sewa di Kota Sas. Duit booking dah bayar. Alhamdulillah, rezeki hari lahir Alisha.
Tenant bagitau nak ambil kunci esok untuk letak barang. Sebelum tu kena uruskan kemas rumah dulu. Minta tolong kakak dan abang ipar setelkan.
Petang check in di Chempaka Inn Resort. Bawa baby Alisha nginap di hotel rumah sambil mandi kolam. Oyo bagi hotel Rm29 sahaja.
Suka betul Alisha berenang. Sejuk ketar pun nangis taknak stop mandi kolam. Sabar ye. Esok masih ada.
Malam rakan agensi ajak jumpa. Ada nak payung makan sikit. Rezeki baru closed deal kot. Moga terus dimurahkan rezeki. Kita bawa kek hari jadi Alisha dan kongsi dengan rakan agensi.
Selamat hari jadi untuk Alisha. Permata hati Papa dan Mama.