GAJI KECIL BELI RUMAH KECIL

Rumah pertama yang saya beli adalah melalui segmen subsale. Banyak kenangan di rumah pertama kerana ia merupkan tempat berlindung dan berteduh untuk saya dan isteri selepas berkahwin. Rumah pertama dibeli sewaktu bujang dan semasa gaji permulaan saya hanya Rm1800.

Setelah berkahwin saya telah memiliki rumah sendiri walaupun rumah kecil.Masih ingat lagi selepas kahwin, ayah saudara kepada isteri tanya perancangan selepas kahwin.Dengan bangga saya jawab bawa tinggal di rumah sendiri kat Johor. Dia tak tau tu sebenarnya rumah kecil. Rumah Pengantin baru tak perlu besar. Nak tinggal pun dua orang sahaja.Walaupun rumah kecil, tapi kelengkapan serba cukup.

Gaji kecil beli rumah kecil barulah bayaran bulanan rumah tidak terbeban. Bayaran bulanan untuk rumah pertama murah sahaja hanyalah RM290 sebulan. Murahkan. Ibarat bayaran bulanan sebuah kereta Axia. Saya sarankan rumah pertama cari rumah mampu milik sesuai dengan pendapatan bulanan barulah komitmen tidak terbeban. Maklumlah baru nak bina hidup. Di rumah kecil inilah kami rancang untuk miliki rumah kedua. Betul lah, tanpa yang Pertama mana nak ada yang kedua, ketiga dan kesepuluh.

KESALAHAN SEMASA PEMBELIAN RUMAH PERTAMA

Jangan tiru kesalahan yang saya pernah buat semasa pembelian rumah pertama. Apa kesalahan yang saya buat adalah beli rumah tanpa lihat keadaan dalam rumah. Cubaan untuk viewing sebelu beli rumah tetap ada namun semasa site visit saya dan agen jual rumah tidak mendapat kerjasama dari penyewa.

Namun berdasarkan lokasi rumah yang hanya 5 minit dari syarikat tempat bekerja serta harga tawaran yang agak menarik membuatkan saya tidak ingin lepaskan peluang untuk miliki rumah tersebut. Beli rumah ynag murah pada harga RM55,000 saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Keadaan luar rumah yang sangat elok serta atap rumah yang baru ditukar membuatkan saya mencongak dalam hati bahawa rumah tersebut masih elok. Lagi pula rumah sedang didiami oleh penyewa.

Nasib baik, firasat saya betul. Saya miliki rumah tersebut tanpa kerosakan. Kalau tak perlu berhabis beribu ringgit untuk kos pembaikian rumah. Rumah dimiliki dalam keadaan basic tiada ubah suai masih sama keadaan asal selepas dijual oleh pemaju. Keseluruhan lantai rumah termasuk tandas masih lagi menggunakan simen tiada penambahan tiles. Disebabkan kekurangan modal, saya dan isteri tinggal di rumah tersebut tanpa sebarang ubahsuai. Cukup simple dan sederhana untuk pasangan yang baru memulakan hidup.

Pesanan kepada pembeli rumah, viewing rumah tu wajib ye. Proses viewing rumah yang hendak dibeli sangat penting bagi memastikan tidak berlaku kekesalan semasa sign perjanjian jual beli. Antara kepentingan viewing rumah:

1. Kenal pasti setiap kerosakan rumah. Mintak kebenaran untuk ambil gambar. Catat setiap kerosakan rumah.

2. Kenal pasti jenis kejiranan untuk pastikan kita selesa semasa menghuni rumah.

3. Kenal pasti keadaan keselamatan kawasan perumahan. Beli rumah bukan seperti membeli barangan lain di mana pembelian rumah memerlukan kos yang tinggi serta melibatkan perjanjian dengan pihak-pihak lain seperti bank, peguam dan sebagainya.

Oleh itu, ketelitian semasa viewing rumah adalah sangat penting sebelum berlakunya proses jual beli. Sedikit tindakan kecil anda semasa viewing dapat mengelakkan anda dari kerugian. Dan ingat!! Jangan sampai terbeli rumah hantu. Nanti jenuh nak panggil bomoh

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?