Rumah Pertama Tak Perlu Mewah
Bagi graduan yang berpendapatan rendah eloklah beli rumah flat atau low cost.
Berikut ambe senaraikan sebab perlu beli rumah flat atau low cost:
1.Kebenaran untuk miliki rumah low cost hanya untuk yang layak sahaja.
Diluluskan hanya untuk rumah pertama dan syarat kelulusan agak ketat. Pengalaman ambe ambil masa 3 bulan untuk kelulusan SUK negeri Johor.
**Low cost untuk lelong lain pulak cerita dia.
2. Peluang tinggi untuk positif cash flow.
Sebabnya harga rumah dan installment bulanan lagi rendah daripada rate disewakan. Contohnya, rumah pertama disewakan dengan kadar RM540 sebulan. Bayaran bulanan ke bank hanyalah RM300. Terdapat lebihan RM240.
3. Permintaan tinggi.
Sekarang ni cabaran hidup dengan kenaikan harga barang – barang keperluan memerlukan setiap individu untuk bijak berbelanja. Ramai yang downgrade lifestyle dan pindah ke rumah mampu sewa.
4. Senang untuk lulus loan.
Nak beli rumah pun kena ukur dengan poket sendiri. Masih ramai tak tahu gaji RM1500 pun boleh beli rumah. Dan ada je bank yang luluskan loan rumah below RM100K. Loan rumah pertama RM55K dengan bank muamalat.
Rumah lelong ambe ada bank yang offer untuk housing loan RM39K.
5. Senang untuk dijual.
Berapa percent je yang mampu beli rumah atas RM400K. So, rumah-rumah yang murah ni jadi pilihan. Bagi rumah low cost kena tunggu 5 tahun sebelum boleh dijualkan semula.
Nak beli rumah tu biar padan dengan gaji ye. Nanti terbeban pulak jika bayaran bulanan tinggi atau rumah tak dapat disewakan.