Pengalaman PPHSA CONSULTANT dalam bantu uruskan pinjaman perumahan LPPSA:.

1. ISI BORANG ONLINE

Majoriti tak tahu isi borang online. Jadi di sini consultant macam saya diperlukan..

2.PEMILIHAN LAWYER

Pemilihan lawyer loan seawal mungkin adalah kritikal sebab mukasurat pertama online form kena siap isi info ini sebelum boleh gerak ke mukasurat seterusnya..

3. PANEL LAWYER LPPSA

Walaupun pemaju absorb kos lawyer untuk loan agreement, tapi untuk pohon LPPSA lawyer itu WAJIB adalah panel LPPSA. Kalau bukan, kena pakai lawyer lain yang panel dan peminjam kena bayar sendiri (masuk dalam loan)..

4. HARGA PASARAN ATAU MARKET VALUE

Market value yang JPPH bagi selalunya rendah daripada yang diberi penilai swasta. Peminjam akan kena top-up beza harga (tak dapat 100% loan). Kalau boleh buktikan rumah yang nak dibeli itu sepatutnya bernilai lebih tinggi boleh merayu dengan JPPH. Valuation report JPPH untuk penjawat awam adalah PERCUMA..

5. CARA SUBMIT DOKUMEN LPPSA

Kalau polis, dokumen LPPSA tu submit melalu IPK dan kalau tentera melalui MINDEF. Penjawat awam lain direct ke LPPSA..

6. BILA PERLU MULA BAYAR BULANAN UNTUK PROJEK UNDERCONSTRUCTION

Kalau beli projek undercon, kalau rumah landed pembinaan ambil masa 24 bulan untuk handover dan 36 bulan untuk rumah non-landed. Selama tempoh itu penjawat awam tak perlu bayar apa-apa sampai kemajuan 90% atau capai tempoh, yang mana satu dulu..

7. INTEREST BANK LPPSA YANG FIX VS. INTEREST RATE INSTITUSI BANK

Walaupun interest bank sekarang rendah daripada LPPSA, tetapi interest bank boleh naik bila ekonomi baik. Selain itu bank ada banyak terma yang merugikan seperti penalti jika settle semua dalam lock-in period dan interest boleh naik mendadak jika 3 bulan berturut tak bayar loan. 30 hingga 35 tahun itu macam-macam boleh berlaku. .

8. PINJAMAN SEBELUM PENCEN

Untuk penjawat awam umur pencen biasa adalah 60 tahun (kecuali tentera). Jadi sebulan sebelum pencen pun mereka boleh loan sampai 35 tahun asalkan lulus permohonan sebelum pencen..

9. TAKAFUL PINJAMAN

Insurans (MRTT) LPPSA wajib untuk sepanjang tenure. Semakin berumur semakin mahal. Bagi dah berumur atas 40-an bergantung kepada amaun pinjaman, insurans boleh capai lebih RM100,000. Kalau loan bank, hanya dapat 5% untuk cover legal loan, valuation report dan baki baru untuk insurans. Kalau dah umur 40-an mungkin insurans cover 5-6 tahun sahaja. Bak tenure kena pandai-pandai beli insurans sendiri jangan sampai terlupa..

10. KELAYAKAN SKIM PENCEN TENTERA

Untuk tentera yang bercadang untuk pencen sebelum servis 21 tahun, kena plan betul-betul sebelum pencen. Buat refinancing dengan bank sementara ada payslip. Dah lulus baru pencen. Banyak rumah tentera kena lelong sebab masa mereka pencen, LPPSA minta mereka buat settlement serta-merta. 🤦.

Ada banyak lagi. Tapi saya senaraikan ini dahulu. Share dengan penjawat awam supaya mereka tak silap langkah.

Kalau perlukan bantuan untuk memohon pembiayaan LPPSA boleh contact saya,

ROZI SULAIMANI www.wasap.my/+60149081924/applyLPPSA

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?