Pendapatan isi rumah bawah RM2,208 kini dikategori miskin. Tak salah dilahirkan miskin. Tapi menjadikan kemiskinan sebagai salah satu alasan untuk tidak berjaya adalah salah.

Keluar dar kepompong kemiskinan dengan pelajaran:

Mak saya selalu pesan. “Zi, kita orang miskin, belajar rajin-rajin nanti besar boleh kerja elok”. Pendapatan mak saya pada tahun 90-an adalah sebanyak RM600. Dengan pendapatan ibu tunggal yang tidak seberapa, amat payah untuk membesarkan kami 5 beradik.

Tidak malu untuk saya katakan saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Nasihat mak saya semat erat-erat. Cita -cita saya untuk berjaya dalam pelajaran dan tidak lagi mewarisi kemiskinan.

Memiliki ijazah bukan jaminan untuk berjaya dan keluar dari kemiskinan.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa bergelar graduan pada tahun 2012, ijazah bukan jaminan untuk saya diteriman bekerja dengan gaji yang setimpal. Gaji permulaan saya sebagai Junior Engineer hanyalah RM1800.

Memiliki ijazah tidak menjamin graduan untuk bekerja dengan pendapatan dan bidang yang diimpikan. Namun, ijazah boleh dijadikan batu loncatan untuk manggapai kerjaya impian.

Selepas diterima bekerja, sudah jadi kewajipan kita untuk marketkan diri dan tunjukkan potensi diri yang sebenar kepada majikan. Lengkapkan diri dengan soft skill dan technical skill yang diperlukan, Insyaallah kita akan berjaya dalam kerjaya dan mendapat kenaikan gaji yang setimpal dengan keringat yang dikerahkan.

WARNING: Jauhi JACK, FAN & CABLE.

Tanpa ijazah atau pelajaran boleh ke untuk berjaya:

Sebelum ni saya pernah kongsikan kisah kejayaan abang sendiri dalam bisnes perabot dan servis pindah barang – barang. Boleh refer kisah tersebut disini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215835906150605&id=1233660776

Abang saya hanya berkelulusan SPM dengan result yang tidak seberapa. Pekerjaan sebelum menceburi bidang bisnes perabot dan transport adalah mekanik dan pembawa lori.

Berkat kecekalan dan nekad abang untuk berhenti kerja dan ceburi bidang bisnes membuahkan hasil serta membolehkan beliau keluar dari kelompok kemiskinan.

Alternatif lain untuk keluar dari kemiskinan:

Pelaburan Hartanah:

Pelaburan hartanah berkait rapat dengan pembelian hartanah untuk dijadikan aset serta pengurusan kewangan. Keuntungan dalam pelaburan diperoleh melalui keuntungan hasil sewaan bulanan serta kenaikan harga pasaran rumah.

Ceburi Bidang Sales:

Trend pekerjaan sekarang bidang sales sudah mendapat sambutan. Walaupun bidang sales tidak sefamous kerja office tapi hasil pendapatan bulanan boleh mencecah 5 angka bulanan. Contoh – contoh pekerjaan di bidang sales seperti Perunding Hartanah, Perunding Unit Trust, Salesman Kereta, Shaklee Distributor dan Perunding Insurans/Takaful.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?