1. Selepas pernah dapat notis pindah kurang satu bulan dari Tuan Rumah Kedaung, saya tanam impian untuk miliki rumah sendiri.
  2. Saya beli rumah murah sesuai dengan kelayakan gaji.
  3. Rumah pertama yang dibeli hanya berharga RM55,000.00 sahaja.
  4. Selaras dengan kenaikan gaji saya akan upgrade ke rumah lebih elok hinggalah capai impian miliki rumah idaman.
  5. Rumah idaman, saya berkenan rumah ada laman.
  6. Saya tak suka menyewa lama-lama. Saya akan beli rumah dekat dengan kerja.
  7. Jika perlu berpindah tiada masalah bagi saya untuk sewakan atau jual rumah tersebut.
  8. Rumah untuk bersara saya tak buat awal. Nak balik menetap di kampung nanti saya jual la mana-mana satu rumah.Nak bersara 20 tahun lain lagi tapi sekarang dah bina rumah. 20 tahun lagi rumah dah buruk dan design outdated.
  9. Dari minat ilmu pelaburan Hartanah, saya jadi pelabur dan Perunding Hartanah. Hobi pun boleh jadi sumber pendapatan.
  10. Saya tak galakkan kawan-kawan saya beli rumah besar terus. Bulanan terbeban dan nak sewakan tinggi potensi untuk negatif cash flow.
  11. Walau semewah mana pun rumah kita di dunia, mati nanti rumah 2 batu nisan bakal dihuni.
  12. Saya budak kampung dan anak petani. Dengan ceburi bidang hartanah InsyaAllah saya cuba ubah taraf hidup ke arah lagi elok.
  13. Apa beza rumah dan orang rumah. Tambah rumah tak apa. Tambah orang rumah mau ada yang mogok baling barang macam pekerja J&T. Naya. Dapur tak berasap, kepala Berlubang.
Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?