MULA MENABUNG
Saban hari, budaya menabung semakin dilupakan. Kerana orang kita suka mencari benda senang. Tiada duit boleh buat Personal Loan.Nak kahwin, Personal Loan. Nak beli peralatan dapur pakai kredit kad secara maksimum. Bila kredit kad dah maksimum atau personal loan membebankan, ada juga yang mengajar exit plan melalui hutang lain.
Masih segar di ingatan, kena marah kat emak kerana pecahkan tabung buluh semata-mata untuk beli papan Carom.Dengan permainan Carom ni lah rumah saya dijadikan port lepak waktu petang. Rumah tepi jalan besar, ada kerusi batu serta angin sepoi-sepoi bahasa merancakkan lagi suasana permainan.Tabiat menyimpan saya bawa ke alam universiti dengan mula mencarum di ASB seusia 18 tahun.
Saya menabung melalui instrument pelaburan ASB financing (ASBF). Masih ingat lagi sewaktu first year di Universiti Teknologi Petronas (UTP) sanggup naik motor ke Rhb Branch Air Tawar untuk apply ASBF. Perjalanan mengambil masa lebih dari sejam dari Tronoh ke Air Tawar. Nak dijadikan dugaan, dalam perjalanan jalan kat Bota rasanya hujan lebat. Terpaksa berhenti tepi jalan. Selepas hujan reda sikit dengan hujan rintik-rintik main terus redah dengan motor tanpa baju hujan.
Saya jumpa banker dalam keadaan baju basah lencun. Namun, baju basah bukan penghalang. Dengan sedikit kemahiran bercakap, saya boleh convince banker untuk bagi pinjaman tanpa slip gaji. Masakan nak ada nak ada slip gaji. Tengah belajar lagi, kerja pun belum. Apa yang buat, berbekalkan statemen biasiswa yang masuk ke akaun bank setiap bulan dan dokumen biasiswa .Alhamdulillah Rezeki. Lulus ASBF tanpa perlukan penjamin.
Hasilnya dapat saya nikmati melalui pembelian Rumah Pertama. Tanpa tabiat menabung dari awal, masakan saya dapat beli rumah pertama kurang setahun bekerja dengan gaji tidak seberapa.Kawan-kawan. Semaikanlah tabiat menabung. Buangkan mindset dapat duit mudah dengan berhutang.
Elakkan offer Too Good To Be True. Cashback tak semua indah. Cashback bukan simpanan. Ia tetap hutang yang perlu anda selesaikan.Jauhilah ajaran tutup hutang dengan hutang. Kerana ia tidak akan selesaikan tabiat boros berbelanja. Mulakanlah dengan berbelanja bawah kemampuan serta hidupkan balik tabiat menabung.
Padan Muka Emak Marah