Penerangan SOP Hari Raya AidilAdha oleh Dato’ Sri Ismail bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia.
- Hadkan jumlah haiwan yang dikorbankan. Tidak lebih 10 ekor bergantung kepada keluasan kawasan.
- Kerajaan menggalakkan penyembelihan di pusat pemyembelihan.
- Jumlah yang dibenarkan 20 orang setiap 1 ekor. Jika 10 ekor bermakna 200 orang maksimum termasuk tukang sembelih, melapah dan lain-lain petugas.
- Jamuan makan dan kenduri tidak dibenarkan kecuali yang dibungkus sahaja.
- Jamuan di rumah tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
- Individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah tidak dibenarkan keluar dan tidak dibenarkan menerima tetamu.
- Majlis pernikahan dan perkahwinan tertakluk kepada SOP Jabatan Agama Islam negeri.
- Kerajaan Sarawak memutuskan untuk hadkan pergerakan perjalanan antara zon mulai 1hb Ogos sehingga 14hb Ogos dan penerbangan keluar masuk juga dikurangkan.
- TIADA halangan rentas negeri di Semenanjung dan Sabah.
- Penguatkuasaan pematuhan SOP penjarakan sosial diteruskan.
Semoga semuanya selamat. Teruskan #kitajagakita. Pakai pelitup muka, guna hand sanitizer dan penjarakan sosial.
Kongsikan untuk makluman semua.