Strategi Beli Rumah dan Kereta

Saya faham orang muda yang baru mula bekerja hasrat untuk beli kereta membuak – buak. Normal la tu. Saya dulu pun macam tu jugak. Dok aim Vios Dugong takpun Kia Forte.

Masalahnya bila beli kereta, pasti tak mampu beli rumah. Tambah lagi jika gaji kita tak berapa nak banyak.

Hari ini saya belanja satu skill yang mana dengan bajet yang sama, kita mampu beli dua – dua. Iaitu KERETA dan RUMAH.

Contohnya jika kita teringin nak beli produa Bezza. Installment bulanan adalah sekitar RM500++.

Tangguhkan dulu hasrat untuk beli kereta tu. Pada gaji sekitar RM2,500 kita sebenarnya boleh membeli rumah di bawah RM200K di Kuantan.

Ambil contoh beli rumah 2 bilik di Indera mahkota 2 pada harga RM115K, dengan anggaran Installment Bulanan kira – kira RM500. Sewakan rumah tersebut pada harga Rm600 (rate sewa sekarang)

Nah, dengan dapatkan sewa RM600 tu kan dah boleh bayar installment kereta Bezza pada harga Rm500.

Situasi Beli Kereta sahaja:

Gaji = RM2,500

Bezza = tolak (RM500)

Baki – RM2,000

Situasi Beli Kereta dan Rumah :

Gaji = RM2,500

Rumah = tolak (RM500)

Duit Sewa Rumah = RM600

Bezza = tolak (RM5000

Baki = Rm2,100

Nah. Nampak tak? Hasil baki akhir bila beli kereta sahaja adalah RM2,000.

Hasil baki akhir bila beli kereta sahaja adalah RM2,000.

Apa yang BEST kat sini bila anda beli rumah dahulu. Anda dapat extra RM100 hasil lebihan sewakan rumah.

Lagi BEST bila anda beli rumah dahulu, anda boleh dapat kedua – duanya Kereta dan Rumah.

Rog Sulaiman,

Beli Rumah Free Kereta

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?