Alhamdulillah. 2020 umur saya sudah 31 tahun. Jika diberikan umur yang panjang masih ada 4 tahun lebih sebelum saya berumur 35 tahun.
Setiap dari kita perlu ada impian masing-masing. Berikut adalah saranan saya untuk dijadikan target atau impian anak muda sebelum berumur 35 tahun.
- MILIKI RUMAH SENDIR
Tanam impian untuk miliki rumah sendiri. Rumahku, Syurgaku. Rumah adalah keperluan setiap orang untuk dijadikan tempat berlindung dan berteduh.
Sampai bila harus menyewa. Anda harus ingat, menyewa adalah “insecure”. Bila-bila masa tuan rumah boleh tamatkan penyewaan.
Antara kelebihan lain miliki rumah sendiri, dapat 6 bulan payment holiday sempena moratorium yang BNM umumkan. Jimat 6 bulan boleh tangguhkan bayaran bulanan pinjaman ke bank.
2. ADA RUMAH PELABURAN
Alhamdulillah. Anda harus bersyukur jika sudah miliki rumah sendiri. Cuba tambahkan usaha untuk adakan rumah pelaburan pula.
Rumah pelaburan cari yang boleh bagi cash flow bulanan. Carilah rumah bawah harga pasaran.
Rumah senang jual pula harganya bawah harga median sesuatu kawasan.
3. KERETA YANG SELESA
Kereta yang selesa tak semestinya mahal. Jika sebelum ini anda hanya memiliki sebuah motosikal. Selepas mempunyai family sendiri, cuba beli kereta pula.
Ada kereta senang untuk keluarga anda bergerak atau balik kampung.
Kereta Axia pun dah selesa jika itulah kemampuan anda sekarang.
4. SIMPANAN KECEMASAN
Sekarang dikala semua golongan terkesan tentu kita semua setuju pentingnya ada simpanan kecemasan.
Disarankan untuk ada 3-6 bulan simpanan kecemasan. Jika anda hilang punca pendapatan, anda ada masa 3 – 6 bulan untuk survive.
Ambil peluang Moratorium untuk adakan simpanan kecemasan.
5. ADA SIMPANAN TETAP
Ukur baju di badan sendiri. Silalah berbelanja dibwah kemampuan.
Antara kelebihan berbelanja bawah kemampuan, anda ada lebihan cash untuk disimpan setiap bulan.
Antara instrumen simpanan adalah seperti Tabung Haji, ASB dan SSPN.