Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada pilihan dan perancangan masing – masing.

Sebahagian terus membuat keputusan untuk memiliki kediaman kerana suka dan minat deco rumah. Itu merupakan satu kepuasan hidup.

Ada yang menyewa kerana selain kerap berpindah tempat kerja atas tuntutan kerjaya seperti kedutaan.

Ada yang lain pula menyewa kerana tidak mampu untuk menyediakan deposit dan blacklisted bank.

Sebahagian kecil menyewa kerana kadar sewaan lebih rendah berbanding ansuran bulanan bank.

Sebahagian yang lain pula memadai dengan hanya menyewa kerana sewa bulanan dibayar oleh penyewa – penyewanya. Pada masa kini sudah tidak janggal lagi jika mendengar ada orang memiliki lebih dari satu hartanah. Ada dua, dua puluh, malah beratus. Kebanyakkannya disewakan sebagai pasif income untuk membayar sewa bulanan rumah, kereta, percutian dan perbelanjaan lain.

Kesimpulannya, berusahalah untuk mula memiliki walau satu hartanah samada untuk disewakan atau untuk tinggal sendiri.

Open chat
1
intaihartanah.com
Hai, Saya Aisyah. Boleh saya bantu anda?