Saya mula beli rumah pada tahun 2013 semasa berumur 24 tahun ketika baru setahun jagung bekerja.
Dari tahun 2014 ke tahun 2020 sudah 8 SPA yang saya sign untuk diri sendiri serta isteri.
Sebelum tahun 2019, saya tak pernah terfikir untuk ceburi bidang hartanah sebagai Perunding Hartanah.
Alkisahnya saya cuba cari satu kerjaya flexible yang dapat gantikan kerja isteri selepas melahirkan puteri sulung kami. Dah jumpa kerjaya yang ngam dengan isteri mestilah saya support 100%.
Alhamdulillah. Rezeki saya isteri sama-sama minat untuk ceburi bidang hartanah. Maka bermulalah kerjaya kami sebagai Perunding Hartanah berdaftar dibawah Legacy Real Properties pada hujung tahun 2019.
Walaupun sudah lama mengenali bidang hartanah tapi kami masih dikira sebagai REN newbie. Semoga otai-otai REN dapat bagi tunjuk ajar.
Masih belum terlambat bagi kami untuk bina tapak di sektor hartanah. Segala tunjuk ajar Team Leader yang berjaya akan kami follow rapat-rapat.
Esok pagi jangan lupa ada kelas Marketing di office Legacy cawangan Kuantan. Kami REN Newbie kena sedut ilmu yang diberi.
Rog Sulaiman
REN Suka Sign SPA